Ketua-Ketua Bahagian UMNO dipaksa hadir ke mesyuarat dipanggil Zahid: Laporan

August 22, 2022 · Politik

Mesyuarat dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang berlangsung sejak pagi gagal mencapai sebarang kata putus apabila majoriti tidak bersetuju dengan hala tuju Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan dua media arus perdana Sinar Harian dan Astro Awani mendakwa Ketua Bahagian yang hadir ke mesyuarat hari ini dipaksa dan diugut tidak akan diberi watikah jika mereka tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Menurut laporan dipetik Astro Awani, Zahid mahu mendapatkan mandat daripada Ketua-Ketua Bahagian bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas sumber itu, kebanyakan ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama parti berkenaan.

“Kami (ketua bahagian UMNO) dapat jemputan untuk hadir mesyuarat tergempar ini malam tadi dan di sebelah pagi 54 orang sahaja yang datang.

“Tetapi ada ugutan jika tidak datang ke mesyuarat tergempar ini maka tidak akan menerima watikah untuk bertanding dalam PRU-15 (pilihan raya umum ke-15), maka datanglah lagi 20 orang ketua bahagian.

“Pengerusi perhubungan juga dipaksa datang ke pertemuan tersebut. Dalam pertemuan itu dinyatakan untuk desak PM campur tangan kes mahkamah tetapi ramai yang tidak bersetuju.

“Ramai juga ketua bahagian yang menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan akan memberi kesan kepada UMNO jika dilihat campur tangan dalam kes mahkamah,” kata sumber berkenaan menurut laporan tersebut.

Sumber tersebut juga memaklumkan, ada yang berpendapat sekiranya Ismail Sabri campur tangan dalam kes mahkamah ia boleh menyebabkan UMNO sekali lagi tewas dalam PRU-15.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan majoriti Ketua Bahagian yang hadir difahamkan menyokong Ismail Sabri walaupun mereka dipanggil atas jemputan Zahid.

Menurut sumber, difahamkan mesyuarat menumpukan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Najib yang sedang berdepan perbicaraan akhir kes penyelewengan dana, SRC International Sdn Bhd.

Selain itu, turut dibangkitkan berhubung tarikh PRU-15 yang perlu disegerakan dengan secepat mungkin.

Namun, seorang Ketua Bahagian memberitahu majoriti yang hadir mesyuarat dilihat cenderung menyokong Ismail Sabri yang juga Naib Presiden untuk kekal menerajui kerajaan.

Antara alasan untuk terus menyokong Ismail Sabri adalah disebabkan beberapa skandal besar yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO didedahkan baru-baru ini.

Skandal besar kapal tempur pesisir (LCS) yang tidak siap antara perkara dibimbangi bakal memberi kesan kepada UMNO jika PRU-15 diadakan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ramai yang menyokong Ismail Sabri untuk kekal menjadi PM sehingga isu-isu besar dihadapi UMNO diselesaikan dengan segera… mereka tidak mahu isu LCS akan menjadi seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menjejaskan peluang menjadi dominan.

“Isu-isu dihadapi rakyat juga perlu ditangani terlebih dahulu sebelum PRU-15 diadakan,” kata sumber itu kepada Agenda Daily.

Mesyuarat yang diadakan itu adalah atas jemputan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyebut Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas.

Jemputan itu ditegaskan sebagai pertemuan segera dan mustahak.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
29 minit lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
2 jam lalu· Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
2 jam lalu· Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
3 jam lalu· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
3 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
19 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
20 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok