Ketua Dewan Ulama kata semua calon PAS Kedah guna logo PN

October 29, 2022 · Politik

Semua calon Perikatan Nasional (PN) di Kedah, termasuk PAS, akan menggunakan logo gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan, berbanding lambang bulan yang sinonim dengan mereka.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Ahmad Yahya berkata terdapat beberapa faktor yang menyebabkan PAS memilih lambang PN di Kedah iaitu isyarat meraikan kepelbagaian kaum dalam gabungan itu dan mengenang jasa PN ketika pembentukan kerajaan negeri pada 2020.

“Orang PAS mungkin persoalkan mengapa pilih PN sedangkan dalam PRU lalu, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta tiga kerusi Parlimen dikuasai PAS. Ada yang kata tak selesa dengan warna ‘biru’ hingga menyebabkan badan gatal-gatal.

“Hakikatnya kita memilih logo PN sebagai isyarat meraikan kepelbagaian kaum di Kedah. Di depan saya ini ada Melayu, Cina serta India yang akan beri sokongan kepada PN dan disebabkan itulah kita pilih logo PN,” katanya ketika berucap pada Himpunan Jentera PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, malam tadi (28 Oktober 2022).

Ketika Muktamar Tahunan PAS ke-68 pada September lalu, PAS Kedah antara negeri yang memohon untuk mengekalkan lambang ‘bulan’ pada PRU-15 selain Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain.

Pada PRU-15 kali ini, PAS akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Kedah, manakala Bersatu, tujuh.

Selain itu, Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, semua ahli juga perlu sedar bahawa dengan bantuan PN yang membolehkan pembentukan Kerajaan Kedah diketuai PAS menjadi realiti pada Mei 2020 yang mengambil alih daripada Pakatan Harapan (PH).

“Kita hanya ada 15 kerusi (DUN) tak boleh buat apa (bentuk kerajaan sendiri), UMNO ada dua baru jadi 17 kerusi masih tak boleh. Datang sahabat-sahabat kita dari Bersatu barulah boleh bentuk Kerajaan PN Kedah,” katanya menurut Utusan.

Menurutnya atas dasar itu tidak mungkin PAS akan mengkhianati Bersatu ketika parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sanggup meninggalkan PH walaupun digelar pengkhianat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan PAS tidak dapat bersama dengan UMNO kerana parti itu meletakkan syarat kepada mereka untuk mengisytiharkan putus hubungan bersama Bersatu jika mahu berunding mengenai kerjasama.

“Mana mungkin PAS nak khianati Bersatu ketika mereka sanggup tinggalkan PH untuk bersama PAS dan Gerakan, hingga Muhyiddin sendiri menyebut bahawa beliau digelar pengkhianat. Biar dituduh pengkhianat oleh PH, asalkan tidak khianat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak lagi menjadikan Kedah sebagai negeri yang banyak menyumbang kerusi kepada PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“22 bulan di bawah pemerintahan PH, teras utama kita digugat. Ada saja perkara membimbangkan dilakukan hingga jutaan rakyat turun ke Kuala Lumpur bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Semua itu isyarat dan pengajaran yang perlu diambil bahawa cukuplah 22 bulan di bawah PH. Jangan diulangi lagi dengan membenarkan PH kuasai dan tadbir negara,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
9 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
12 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
7 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok