Ketua, AJK Warisan bahagian Tawau pula keluar parti

October 8, 2021 · Politik

Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kini giliran Ketua Bahagian Warisan Tawau pula berbuat demikian.

Abdul Salip Ejal bersama sembilan Ahli Jawatankuasa (AJK) Warisan Bahagian Tawau mengumumkan meninggalkan parti itu dan menyertai blok Bebas bersama Dr Yusof.

Katanya keputusan meninggalkan Warisan itu dibuat atas kerelaan mereka dalam menyahut seruan membantu menyokong kerajaan membendung Covid-19, memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“Adalah dengan ini mengambil ketetapan untuk keluar daripada Parti Warisan Sabah. Sekaligus melepaskan tanggungjawab saya selaku Ketua Bahagian Tawau serta tugas-tugas yang telah diamanahkan oleh parti dan pucuk pimpinan Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Dr Yusof mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir GRS.

Bekas Ketua Penerangan Warisan itu berkata tindakan tersebut diambil kerana mahu membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan daerah Sipitang dalam menyelesaikan pelbagai masalah, selain berusaha membawa pembangunan ke kawasan itu.

“Tindakan saya adalah keputusan peribadi tanpa tekanan atau pengaruh sesiapa. Saya mahu fokus bekerja untuk rakyat yang saya wakili, bukan teriak-teriak di kedai kopi tetapi tiada apa-apa dilakukan untuk rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018, Yusof, 66, menang kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 760 undi dalam saingan tiga penjuru, sebelum mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, tahun lepas dengan majoriti 424 undi dalam saingan enam penjuru.

Mereka yang mengumumkan keluar Warisan bersama Abdul Salip hari ini ialah Setiausaha Bahagian, Bendahari, Ketua Penerangan, dan 6 orang AJK Bahagian Tawau.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok