Ketika UMNO diasak Ismail Sabri kata akan fikir jawatan presiden

August 23, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau akan memikirkan untuk bertanding merebut jawatan presiden parti itu, tetapi bila akan berbuat demikian belum ditetapkannya.

Memetik Bernama ketika sesi soal jawab bersama beberapa media asing, Ismail Sabri telah ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden parti memandangkan amalan UMNO adalah pemimpin tertinggi parti yang menjadi perdana menteri.

Ismail Sabri bagaimanapun menjawab tumpuan beliau sekarang adalah untuk membantu parti memenangi pilihan raya.

“Jika parti tewas, tiada gunanya bertanding dalam apa-apa jawatan.

“Saya akan fikirkannya apabila tiba masanya,” katanya menurut Bernama.

Namun, Ismail Sabri memberi contoh pemimpin tertinggi beberapa negara lain tidak semestinya ketua parti, tetapi menjadi Presiden atau Perdana Menteri.

Beliau memetik Presiden Indonesia, di mana Joko Widodo hanya anggota biasa Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan sedangkan presiden parti itu ialah Megawati. Begitu juga dengan Perdana Menteri India Narendra Modi.

“Situasi ini bukan luar biasa di negara-negara lain. Mungkin ia nampak ganjil di Malaysia kerana ia kali pertama berlaku.

“Bagi saya, saya perdana menteri, saya naib presiden parti dan walaupun saya bukan presiden parti saya tetap mahu lihat parti menang dan membentuk kerajaan,” katanya semalam.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata isu parti dan politik tidak mengganggu tumpuan beliau dalam urusan mentadbir negara sebagai perdana menteri.

“Tidak, ia tidak mengganggu saya. Saya mempunyai kerja tersendiri dalam parti dan kerajaan. Anggota parti bebas menyuarakan pendapat masing-masing dan itu tidak mengalih tumpuan saya.

“Jika tumpuan saya terganggu, pastinya kita tidak akan capai pertumbuhan KDNK 8.9 peratus pada suku kedua, kita tidak akan lihat angka pengangguran menyusut daripada 4.3 kepada 3.8 peratus, dan angka nilai dagang tidak akan melepasi RM2 trilion,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya sama ada pentadbirannya tidak dapat menumpukan perhatian dalam tugasan harian dan mungkin terlepas pandang cabaran yang menunggu seperti kegawatan ekonomi yang diramalkan tahun depan kerana pelbagai isu yang melibatkan parti dan kerajaan.

Beliau juga ditanya sama ada berasa ditekan berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh anggota partinya UMNO, termasuk presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Ismail Sabri berkata setiap anggota parti (UMNO) berhak menyuarakan pendapat masing-masing, termasuk presiden.

“Semua orang membuat kenyataan dan parti kami meraikan kepelbagaian.

“Saya hormati pandangan presiden parti, timbalan presiden, naib presiden serta pemimpin-pemimpin lain parti. Bagaimanapun, keputusan akhir akan dibuat oleh lima pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Sementara itu, mengenai sama ada skandal rasuah besar yang terus berlaku boleh menjejaskan imej negara, Perdana Menteri berkata, “benar masalah rasuah itu boleh menjejaskan imej negara jika ia berlaku berterusan. Ia juga akan menghalang pelabur asing melabur di negara ini”.

“Apa yang penting adalah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Jika anda perhatikan kes-kes rasuah yang dibawa ke mahkamah, tiada siapapun terlepas tidak kira kedudukan mereka”.

Juga, prosedur membabitkan pemerolehan terus diperketatkan untuk menghalang gejala itu daripada terus menular, katanya.

Selagi kerajaan komited dalam bertindak terhadap gejala rasuah, negara-negara lain serta pelabur akan terus berasa yakin dengan Malaysia.

Selepas skandal 1MDB yang menyaksikan kerugian hampir RM50 billion, Malaysia sekali lagi dihantui skandal rasuah mega kali ini membabitkan pembelian kapal pesisir pantai (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyebabkan kerugian yang dianggarkan sehingga RM9 billion.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu· Isu semasa
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
11 jam lalu· Politik
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
12 jam lalu· Politik
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
MB Kelantan jawab dakwaan Nur Jazlan kata PAS guna alasan banjir tolak PRU-15
September 29, 2022
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
16 jam lalu · Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
16 jam lalu · Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
17 jam lalu · Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
18 jam lalu · Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok