Ketika kes baharu Covid-19 naik, Anwar mahu kempen bersemuka dibenarkan

February 6, 2022 · Politik

Rekod baharu sebanyak 10,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini nampaknya tidak merisaukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mendesak supaya Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan kempen secara bersemuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Presiden PKR mungkin terlalu terdesak untuk menang PRN selepas tewas memalukan di Melaka dan Sarawak sehingga terlupa nyawa rakyat lebih penting dengan membuat desakan tersebut, namun Anwar masih bertegas prosedur operasi standard (SOP) perlu membenarkan kempen secara bersemuka.

“Jangan buat (SOP) macam Melaka, perlu bagi syarat-syarat contoh kempen (ceramah) di dewan, di luar, di kawasan padang (perlu dibenarkan) tetapi dihadkan jumlah kehadiran, ia patut dibolehkan dalam PRN Johor.

“Saya gesa Menteri Kesihatan mengambil langkah proaktif supaya kalau kes naik 10,000 itu kita bimbang, selain itu kepada masyarakat, rakyat, termasuk ketika kempen ini tak perlu salam jangan salam, jaga jarak,” katanya hari ini.

Anwar terdahulu menghadiri Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (Serve) 2022 di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor.

Mengakui peningkatan jangkitan Covid-19 yang dijangka mencecah 15,000 kes sehari membimbangkan, tetapi Anwar memberi alasan kempen bersemuka masih boleh dibenarkan tetapi dengan beberapa garis panduan ketat dilaksanakan KKM.

Anwar berkata, SOP akan dilaksanakan pada PRN Johor perlu adil kepada semua parti bertanding bukannya memberi kelebihan kepada parti kerajaan sahaja.

“Jangan mereka (parti kerajaan) boleh kempen di media, kita pembangkang bagi minum kopi, ini politik apa, bagi saya jangan kerana (kes naik) ini dijadikan (alasan) menekan kita untuk berkempen,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jangkitan Covid-19 akan mencecah sehingga 15,000 kes tidak lama lagi susulan negara kini berdepan gelombang Omicron.

Hari ini KKM melaporkan sebanyak 10,089 kes Covid-19, meningkat daripada 9,117 jangkitan semalam.

Berita berkaitan
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
September 27, 2022· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Popular
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
6 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
9 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
10 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
13 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok