Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024

March 6, 2023 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi berkata tarikh perbicaraan pada 29 hingga 31 Jan 2024 itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada prosiding 29 Nov tahun lepas, menurut laporan Bernama.

Mengenai pengurusan kes di hadapan hakim sama hari ini, Joshua berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan kes saman itu termasuk senarai saksi pada 20 Mac ini.

“Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 21 Mac,” katanya dan memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri peguam Mohd Faiz Abd Rahim mewakili Lokman.

Pada 8 Sept tahun lepas, Ismail Sabri, 63, yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman, 50, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos tahun lepas telah membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam.’

Beliau berkata kenyataan itu yang berniat jahat, berunsur fitnah dan tidak benar telah dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube ‘Lokman Adam,’ Facebook ‘Lokman Noor Adam Official,’ Instagram ‘lokmannooradam’ dan TikTok ‘datoklokmanadam.’

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati UMNO.

mahkamah, Ismail Sabri, Lokman Adam, saman fitnah, bicara

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok