Kes rasuah Zahid ditarik balik, kenapa DAP senyap sahaja? soal Tuan Ibrahim

September 8, 2023 · Politik

DAP dibidas sebagai tidak berprinsip apabila duduk diam dalam isu melibatkan penarikan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik DAP yang kononnya melawan rasuah tetapi berdiam diri membisu seribu bahasa dalam isu kes Zahid yang ditarik balik prosidingnya oleh Peguam Negara sebelum ini.

“DAP kata bangkit pertahan integriti, negara perlu maruah, mana ada, bila berlaku demikian kenapa senyap,” katanya dalam ceramah Grand Finale Perikatan Nasional Simpang Jeram malam ini.

Tegasnya, isu penarikan balik kes rasuah Zahid mencemarkan imej negara apabila kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnnya melaungkan melawan rasuah tapi kini akhirnya mereka yang membebaskan perasuah.

“Pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap pendakwaan kepada Timbalan Perdana Menteri, ini soal maruah negara,” ujarnya lagi.

Bagi beliau, sama ada Cina, India, Melayu dan seluruh rakyat, perkara itu berkait dengan maruah dan hala tuju negara.

“Ini soal maruah negara, hala tuju negara, keyakinan orang kepada sistem perundangan kita. Ada prima facie, ada kes, telah bawa, boleh tak didakwa,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan pemimpin DAP yang meminta Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan kenapa pendakwaan kes itu tidak diteruskan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan tindakan DAP itu kerana pada waktu itu siapa yang hendak membuat kenyataan.

“Peguam Negara bercuti, tempoh khidmat tamat, Peguam Negara baharu belum dilantik, 6 Sept baru dilantik, waktu itu arahan siapa,” ujar beliau.

Justeru, beliau yakin semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain akan bangkit untuk membina keyakinan terhadap masa depan negara di sebalik pemimpin DAP yang senyap dalam isu itu.

“Bagi kita penting bukan kerana satu dua tokoh tapi hala tuju ke mana yang kita nak bawa negara.

“Cabaran yang ada depan kita pada waktu ini ialah membina keyakinan terhadap masa depan negara kita,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok