Kes rasuah Ku Nan, pasukan pendakwaan rayu keputusan mahkamah

July 19, 2021 · Politik

Permohonan rayuan pasukan pendakwaan difailkan hari ini berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Menurut laporan Bernama memetik sumber, notis rayuan itu difailkan kira-kira 12.30 tengah hari tadi. Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Suraya Othman, yang membacakan keputusan majoriti 2-1 itu berkata mahkamah mendapati cek RM2 juta yang diterima Tengku Adnan daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong adalah sumbangan politik kepada UMNO.

Hakim Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Suraya manakala hakim Abu Bakar Jais menolak rayuan Tengku Adnan.

Abu Bakar ketika menolak rayuan itu berkata dia bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tengku Adnan telah menerima cek itu untuk dirinya sendiri dan ia bukan sumbangan politik untuk Umno.

Pada 21 Dis tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap ahli parlimen Putrajaya itu selepas mendapati dia bersalah atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.

Tengku Adnan, 70, didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Chai, yang merupakan pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang dia ada kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok