Kes pecah amanah RM6.6 bilion, Najib kemuka representasi kedua

August 9, 2023 · Politik

Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), menurut laporan Bernama.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa pihaknya telah menerima surat representasi pada minggu lepas daripada Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas perdana menteri itu.

“Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representasi kerana kes ini melibatkan dokumen yang banyak.

“Saya telah diarah memohon satu lagi tarikh pengurusan kes untuk Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mempertimbangkan representasi ini,” kata Muhammad Saifuddin.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan memohon satu tarikh dalam tempoh masa sebulan.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 12 Sept depan untuk pengurusan kes.

Najib mengemukakan representasinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representasi dihantar Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lepas.

Pada 24 Okt 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok