Kes Muhyiddin tak sama dengan Najib duit masuk akaun sendiri: Wan Fayhsal

March 11, 2023 · Politik

Pertuduhan dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama sekali dengan dihadapi bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Untuk rekod, pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) semalam tidak melibatkan sebarang transaksi wang tunai masuk ke dalam akaun peribadi seperti yang dihadapi Najib dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya ingin ingatkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Jauh sekali terlibat dalam skandal kewangan terbesar dunia seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Orang Melayu lebih pandai menilai mana yang permata dan mana yang kaca,” kata Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dakwa Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Muhyiddin yang kini berdepan kes mahkamah menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

Jelasnya, pendakwaan ke atas Muhyiddin ini disebabkan ketakutan melampau terhadap pengaruh Bersatu dalam politik Melayu.

“Sama-sama kita doakan, agar Presiden kita dikurniakan kekuatan bagi menempuhi ujian yang sedang dihadapi.

“Saya percaya, seorang yang bernama Muhyiddin Yassin tidak akan mudah luntur semangat juangnya, walau badai setinggi gunung dan desakan maha hebat apa pun,” katanya.

Sementara itu, beberapa pimpinan tertinggi Bersatu turut hadir antaranya Naib Ketuanya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, Ketua Penerangan, Datuk Razali Idri dan lain-lain.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok