Kes Covid reda, Naib Presiden UMNO gesa PRN Melaka

October 5, 2021 · Politik

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilakukan segera bagi memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka berikutan kadar vaksinasi kini hampir menyeluruh di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata, ketika ini tiada sebarang alasan untuk menunda proses demokrasi dan menyokong saranan presiden partinya agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

“Saya menyokong saranan presiden UMNO agar kemelut ini diselesaikan dengan membubarkan DUN Melaka.

“Kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara sudah membolehkan suatu pilihan raya diadakan segera.

“Tiada alasan lagi untuk menunda proses demokrasi apabila mandat rakyat terus dibelakangkan oleh beberapa ADUN yang berkepentingan,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Semalam, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bersama tiga ADUN lain mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri.

Susulan itu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar DUN Melaka dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri itu.

Menurut Ahmad Zahid, wajar mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru untuk memimpin Melaka.

Katanya, dia tidak hairan jika kehilangan kerajaan yang dipimpin oleh parti pimpinannya.

Berita berkaitan
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Isu semasa
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
13 jam lalu· Isu semasa
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
18 jam lalu· Politik
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Popular
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
August 16, 2022
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
August 15, 2022
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
August 16, 2022
PM faham tuntutan jawatan TPM
August 15, 2022
Lagi Politik terkini
RUU sumbangan politik larang terima dana dari firma dapat kontrak kerajaan
11 jam lalu · Politik
Kerakyatan automatik dijanjikan Zahid hanya taktik tarik undi
21 jam lalu · Politik
Parti Zuraida belum diterima sertai BN
August 15, 2022 · Politik
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
August 15, 2022 · Politik
UMNO Kedah tak ingin kerjasama dengan PAS pada PRU-15
August 15, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok