Kerusi UMNO milik UMNO selama-lamanya : Tok Mat

March 27, 2021 · Politik

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan memberi bayangan parti itu tidak akan menyerahkan kerusi miliknya kepada mana-mana parti lain termasuk PAS dan Bersatu sekali pun kerana cita-cita UMNO adalah untuk menjadi parti induk dalam kerajaan pusat semula.

Mohamad memberi amaran kepada mana-mana parti yang cuba mengilas tangan UMNO untuk berunding dalam pembahagian kerusi kerana mereka tidak akan sesekali memperjudikan mana-mana kerusi UMNO demi semata-mata talian hayat politik sesetengah individu.

“UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi UMNO. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO, dahulu, kini dan selamanya. Ia bukan untuk dilepaskan, demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak.

“Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO. Kita tidak akan mengalah. Kita tidak akan melatah… UMNO tidak akan terpedaya, dengan retorik kepentingan ummah, dan perpaduan Melayu, yang dibuat-buat,” kata beliau semasa Perasmian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri pagi ini.

Mohamad juga mengingatkan perwakilan UMNO mengenai bahaya musuh yang berada dalam parti itu sendiri kerana kesannya adalah lebih teruk berbanding musuh nyata yang mereka akan hadapi dalam pilihan raya umum nanti.

“Pertama, UMNO tidak boleh terkeliru tentang siapa musuh kita sebenarnya. Ini kerana menghadapi musuh yang nyata adalah lebih mudah, dari menentang musuh yang tersembunyi. Api dalam sekam sifatnya membakar lebih teruk, lebih sakit dan lebih memusnahkan.

“UMNO sepatutnya sudah tahu siapa mereka, walaupun tanpa perlu untuk disebutkan di sini. Cuma, beringatlah, musuh kita amatlah licik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memusnahkan kita,” katanya lagi.

Katanya lagi, prestasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara adalah lebih baik jika dibandingkan semasa Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada juga tidak berjaya menandingi keupayaan kerajaan BN ketika pemerintahannya.

“Prestasi BN sebagai Kerajaan selama 60 tahun adalah jauh lebih baik dan lebih berjaya. Belum nampak sebarang petunjuk bahawa kerjasama politik seperti PH mahupun PN, mampu menterjemahkan formula BN yang kita laksanakan dulu,” katanya.

Mengambilkira faktor kemampuan dan keupayaan BN memerintah, Mohamad berkata pemerintahan UMNO harus dikembalikan sebagai parti induk dalam menerajui pentadbiran negara.

“Jadi, rakyat sebenarnya boleh diyakinkan, bahawa BN harus dikembalikan segera untuk memerintah demi kemakmuran Malaysia,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
2 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
6 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
55 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok