Kerusi diambil DAP, akar umbi Amanah mula bengang pemimpin atasan lembik

October 31, 2022 · Politik

Akar umbi dalam parti Amanah nampaknya mula hilang sabar dengan pemimpin atasan parti itu yang dilihat lembik dalam mempertahankan kerusi yang sepatutnya mereka tandingi.

Kemelut dalaman yang bermula dengan pemecatan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi nampaknya berleretan apabila akar umbi mula parti mula kurang senang dengan tindakan pemimpin parti itu yang tunduk dengan DAP.

Di Kedah, Phahrolrazi dipecat parti hanya kerana mempertahankan hak mereka, tetapi sebaliknya pemimpin atasan parti itu lebih mementingkan DAP daripada ahli mereka sendiri.

Malah, terdapat ahli dalam kalangan parti sudah mempersoalkan hala tuju parti tersebut yang dilihat terlalu tunduk kepada DAP.

Phahrolrazi semasa sidang media semalam sudah memberi isyarat tindakan menyerah kerusi Parlimen Jerai kepada DAP bakal dijadikan modal parti lawan untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) yang selama ini dilihat didominasi oleh DAP.

Insiden pemecatannya juga adalah bukti yang boleh dilihat sebagai usaha DAP untuk menidakkan hak parti lain dalam gabungan pembangkang tersebut.

Terbaharu hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Johor, Mazlan Aliman juga mempertikaikan pendirian parti tersebut yang dilihat memecahbelahkan akar umbi parti.

Malah, ahli parti di Johor sudah berasa kurang selesa dengan tindakan pemimpin atasannya yang dilihat lembik dan tidak pandai berunding.

Di Johor, Mazlan mempersoalkan tindakan PH menyerah kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti MUDA yang baharu sahaja diambil menjadi rakan dalam gabungan tersebut.

“Meskipun penegasan telah diberikan kepada pimpinan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden Amanah, ia gagal dipertahankan.

“Kerusi pinjam di Parlimen Ayer Hitam pun gagal diambil semula. Nampaknya, ia menjadi milik DAP buat selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, dalam parti komponen PH, kepimpinan Amanah dilihat lemah menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

Beliau berkata, keputusan di Parlimen Tanjung Piai mesti dirunding semula sebelum hari penamaan calon yang masih berbaki beberapa hari lagi.

“Kembalikan (Tanjung Piai) kepada Amanah seperti diputuskan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, Amanah mesti dilihat mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi itu.

“Barang diingat mandat kepimpinan diperoleh daripada ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan. Bahkan, mereka yang bertungkus-lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan rakan DAP, PKR dan MUDA,” katanya lagi.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok