Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini

June 3, 2023 · Politik

Polis akan merujuk kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Pejabat Peguam Negara, Selasa depan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan itu yang bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja membabitkan Dr Mahathir.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun (Selasa) selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Sementara itu, siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) serta Dr P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Semalam, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman merakam percakapan Dr Mahathir di Yayasan AlBukhary, Kuala Lumpur dipercayai berkait Proklamasi Orang Melayu yang diasasnya.

“Mahathir menyatakan beliau sedia dituduh di mahkamah dan menyatakan akan menjawab soalan-soalan di mahkamah,” kata Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Sebelum ini Mahathir berkata Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri di mana jika penyatuan tidak dicapai, kedudukan kaum itu akan semakin terhakis.

Berita berkaitan
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu· Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
16 minit lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok