
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara.
Pembentukan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) adalah kerana ketentuan Allah, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri tersebut itu juga sebelum ini pernah didakwa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah bersumpah tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan bekerjasama dengan DAP dan PH.
Presiden UMNO itu berkata, UMNO-BN menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran dengan PH dan Allah menentukan jumlah majoriti yang diperoleh bagi memastikan Anwar dapat dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
“Tanpa kami sombong atau rasa berbesar hati… tapi kita (BN) telah tentukan bahawa tanpa 30 (kerusi) ini, yang 82 (PH) takkan terbentuk kerajaan.
“Kita lihat Allah tentukan bahawa 82 campur 30, cukuplah 112 (kerusi minumum) untuk kita bentuk kerajaan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Untuk rekod, UMNO-BN mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah apabila hanya berjaya memenangi 30 sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan memilih untuk menyertai serta menyokong kerajaan campuran bersama dengan PH-DAP.
Sejurus menyertai kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga cikgunya menyaksikan Zahid dilantik sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam kerajaan walaupun umum mengetahui kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Berbeza dengan pentadbiran terdahulu, Zahid tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Kabinet kerajaan kerana mempunyai kes pendakwaan yang masih dalam perbicaraan di mahkamah, tetapi apabila bersama kerajaan PH pula berjaya mendapat tempat dalam pentadbiran.
Walaupun dikritik teruk, Anwar tidak menghiraukan perkara tersebut dan masih bertegas untuk melantik Zahid dalam kerajaannya.