Kerjasama PN-GTA, Pemuda PAS OK asalkan bukan PH

October 20, 2022 · Politik

Pemuda PAS tiada masalah sekiranya Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan gabungan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed, Gerakan Tanah Air (GTA).

Namun Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun mana-mana komponen gabungan itu.

“Kerjasama itu melibatkan soal rentas parti bukan setakat rentas parti bahkan rentas gabungan… kena rujuk kepada pimpinan tertinggi yang boleh muktamadkan keputusan.

“Pemuda PAS tak ada masalah, kita serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan asalkan bukan gabungan yang mengandungi parti-parti komponen daripada PH.

“Sebab bagi kita (PN) yang kita nak halang ialah PH daripada berkuasa. Jadi kita hanya bersikap tunggu dan lihat sajalah apa yang akan diputuskan atau jika ada perundingan selepas ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda PN memetik laporan Sinar Harian pada Khamis (20 Oktober 2022).

Semalam, Dr Mahthir dilaporkan berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gabungan itu sependapat dengan GTA serta tidak terbabit dengan perkara yang bertentangan dengan dasar dan prinsipnya.

Ketika diminta mengulas soal kemampuan GTA memberi nilai tambah kepada PN, Ahmad Fadhli yang juga penyandang Parlimen Pasir Mas enggan mengulas lanjut kerana ia melibatkan sesuatu yang belum berlaku.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
7 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
6 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
6 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
7 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
10 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok