Kerjasama Perak: Tun Hamid kata UMNO tak pedulikan Melayu lagi

November 23, 2022 · Politik

Persetujuan UMNO untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang dimonopoli DAP Perak, membuktikan parti pemimpin UMNO tidak lagi mempedulikan kepentingan Melayu.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata apa yang penting kepada pemimpin UMNO hanyalah mendapat jawatan Menteri Besar.

“Di Perak, BN telah bergabung dengan PH untuk menubuh kerajaan. UMNO lupa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (DAP-PKR-BN).

“Dalam tempoh yang singkat berapa luas tanah Kerajaan Negeri Perak diberi kepada sekolah-sekolah Cina dengan pajakan 999 tahun sedangkan amalan sebelum itu hanya memberi pajakan 99 tahun.

“UMNO bersetuju bergabung dengan DAP semata-mata kerana DAP menawarkan jawatan Menteri Besar kepadanya sedangkan majoriti ahli Exco adalah daripada PH.

“Itu jugalah keadaan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat itu: Jawatan Menteri Besar dibri kepada PAS manakala majoriti ahli Exco adalah daripada PH/DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hamid juga berkata tindakan itu menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu lagi, sebaliknya mereka hanya mahu mendapatkan jawatan.

“Di Pahang pun, nampaknya UMNO sedang mengikuti jejak UMNO Perak itu,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, BN Perak hanya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perikatan Nasional (26 kerusi) dan PH (24).

Bagaimanapun, kerana tamakkan jawatan, UMNO bersedia bergabung dengan DAP menubuhkan kerajaan negeri.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok