Kerjasama: PAS tunggu dulu ‘Top 5’ UMNO buat keputusan PRU-15

September 15, 2022 · Politik

PAS akan menunggu UMNO selesai mengadakan mesyuarat ‘Top 5’ parti itu yang akan membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum memuktamadkan pendirian mereka berhubung kerjasama kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak mahu terburu-buru dalam hal itu, selain mengambil pendekatan menunggu serta sentiasa terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti termasuk UMNO.

Memetik Awani beliau berkata masa masih panjang untuk PAS dan UMNO mengadakan rundingan kerana sehingga kini tarikh pembubaran Parlimen dan PRU-15 masih belum diputuskan.

“Kita (Pas) tunggu dahulu keputusan MT (Majlis Tertinggi) UMNO… mereka pun belum bermesyuarat lagi, kita ini sangat general, kita sedia untuk berunding dengan mana-mana parti politik di Malaysia, kita terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti termasuk pembangkang, termasuk dengan UMNO,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rundingan MN selepas menghadiri majlis pelancaran Projek Pengukuhan Bekalan Elektrik melalui Sambungtara Talian Atas di Pulau Pinang, di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Khamis (15 September).

Beliau turut memberitahu, perbincangan dan rundingan mengenai MN sentiasa diadakan pihaknya bersama-sama dengan parti lain dan tidak bergantung pada tarikh pembubaran Parlimen semata-mata.

Sebelum ini, Takiyuddin berkata, PAS kekal menganggap UMNO sebagai rakan kerjasama dan tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dan konsep khemah besar pada PRU-15.

Keputusan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang memutuskan parti itu komited dan konsisten dengan agenda penyatuan ummah.

Dalam masa sama, beberapa pimpinan UMNO sebelum ini, mendesak Majlis Tertinggi (MT) menutup terus pintu rundingan dengan PAS pada PRU-15.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
3 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
14 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok