Kerjasama: PAS main tarik tali lagi, Majlis Syura pula akan putuskan

October 10, 2022 · Politik

Ketika Parlimen bakal dibubarkan hari ini, PAS yang menganggotai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Gerakan, SAPP dan STAR, terus bermain tarik tali berhubung kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Sebelum ini, pemimpin PAS memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan membuat keputusan sama ada memilih UMNO atau Bersatu bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Sabtu lalu gagal mencapai keputusannya, sekali gus mengekalkan parti itu di dalam PN.

Hari ini, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad yang turut menghadiri dan berucap pada pelancaran PN Perak di Kuala Kangsar malam tadi yang turut disertai Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengatakan Majlis Syura akan membuat keputusan mengenai kerjasama itu.

Memetik BH, Idris dilaporkan berkata Majlis Syura PAS akan membuat keputusan mengenai perkara itu apabila sampai masanya.

“PAS ada keputusan yang berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pusat, Lajnah Politik dan Syura. Jadi, Majlis Syura yang akan buat keputusan mengenai kerjasama ini.

“Saya tak boleh beri pandangan. Tunggu pada hari kejadian,” katanya kepada pemberita selepas program Mini Karnival Keluarga Sejahtera DUN Trong di Dataran Pejabat Penghulu Trong, di Bukit Gantang, hari ini (10 Oktober 2022).

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian PAS yang dilihat masih mengharapkan penyatuan UMNO-Bersatu untuk menghadapi PRU-15 dan sama ada parti itu akan menerima pelawaan menyertai Kerajaan Pusat jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU itu.

Sementara itu, Idris mengesahkan, rundingan agihan kerusi kawasan Parlimen Bukit Gantang sudah selesai.

Nama Idris, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disebut-disebut akan bertanding kerusi itu pada PRU akan datang.

Idris sebelum ini juga dilaporkan media sebagai berkata, PAS menolak Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang sekarang daripada Bersatu sebagai calon PPN di kerusi berkenaan pada PRU-15.

Syed Abu Hussin Hafiz pada pertengahan September lalu mengumumkan, bakal bertanding mengekalkan kerusi Bukit Gantang pada PRU-15, selain turut mahu merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong biarpun terpaksa bertanding atas tiket Bebas jika ditolak oleh pimpinan PN.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok