‘Kerjasama mungkin pulih jika UMNO tukar pemimpin’

April 4, 2021 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof membayangkan hubungan Bersatu dengan UMNO mungkin pulih jika parti itu menukar pemimpin atasan.

“Bergantung kepada pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan Jun depan,” katanya ditanya kemungkinan hubungan kerjasama Bersatu dan UMNO dapat dipulihkan.

Katanya, mesyuarat UMNO Jun ini bukan sahaja untuk memilih yang bakal menerajui UMNO, tetapi mengembalikan perjuangan asal parti itu.

“Bukan hendak jaga tepi kain orang. Dalam keadaan politik hari ini, masuk akal untuk mereka adakan pemilihan parti sebelum PRU15.

“Kita hairan dalam Perhimpunan Agung UMNO selalunya disebut tentang perjuangan. Tetapi mereka lebih sebutkan politik untuk melindungi Kluster Mahkamah,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Redzuan berkata, Bersatu bersedia berdepan UMNO di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai jika parti itu tegas meletakkan calonnya.

Katanya, Biro Politik Bersatu sudah membuat ketetapan akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan DUN yang disandang wakil rakyatnya, andai berlaku pertembungan dengan UMNO dalam PRU15.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok