‘Kerjasama gelap’ pemimpin UMNO, Anwar punca PAS hilang kepercayaan

April 3, 2021 · Politik

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘kerjasama gelap’ pemimpin tertentu UMNO dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terdedah walaupun cuba disembunyikan.

Tanpa menyebut nama pemimpin terbabit, beliau berkata, akibatnya UMNO tidak lagi dipercayai oleh kawan dan kemudian menjadi alat kepada lawan.

Walaupun tidak menyatakan nama pemimpin berkenaan, Agenda Daily percaya beliau merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, desas-desus mengatakan kedua-dua mereka menandatangani surat menyokong Anwar yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agung, kononnya bagi menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, Annuar dalam kenyataan malam tadi berkata, sejak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 berakhir, satu demi satu berita negatif dilemparkan terhadap UMNO, baik dari dalam atau luar.

Katanya, melalui tinjauan yang dilakukan, rakyat kini sudah tidak menyokong pucuk pimpinan UMNO, sementara keadaan di dalam parti itu sendiri semakin lemah dan tidak bertambah kuat.

“Kenyataan PAS hari ini tentang kedudukan MN (Muafakat Nasional) sudah diduga. MN berkecai akibat pendirian beberapa kerat pemimpin tertinggi yang meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri.

“‘Kerjasama gelap’ yang dijalin dengan Anwar serta komitmen menyokong Anwar telah kantoi sehingga kita tidak dipercayai kawan, dan diperalatkan lawan. Meskipun ada percubaan menyembunyikan perkara itu, ia tetap dihidu oleh semua,” katanya.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, dasar ‘No Anwar No DAP’ yang turut menjadi dasar bersama MN telah dilanggari oleh pemimpin parti hingga menyebabkan gabungan itu terluka.

Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu mencari penawar daripada diracun dari dalam oleh pemimpin sendiri.

“Nakhoda sendiri sedang menenggelamkan bahtera yang dilayari. Kita belum terlambat. UMNO masih boleh di selamat.

“Buang dendam kesumat. Jangan lagi berkata kesat. Kawan jangan dilipat-lipat. Jangan angkuh dengan pangkat… muafakat itu lebih berkat,” katanya.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
5 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
5 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
9 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
6 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
13 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
13 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
15 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok