Kerjasama dengan UMNO meliputi Bersatu, PN: Naib Presiden PAS

September 17, 2022 · Politik

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad menjelaskan kerjasama antara parti Islam itu dengan UMNO, turut membabitkan parti komponen Perikatan Nasional (PN), termasuk Bersatu.

Sehubungan itu, katanya PAS bertekad untuk bekerjasama dengan semua parti Melayu Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang demi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak berkuasa semula di Putrajaya.

“Kita (PAS) sedia bekerjasama dengan BN Barisan Nasional (BN) dan semua parti Melayu Islam asalkan matlamatnya iaitu PH tidak akan berkuasa balik menawan Putrajaya,” katanya sambil menyangkal dakwaan yang menyifatkan PAS masih berdendam dengan PH kerana tidak dipelawa menyertai kerajaan campuran blok berkenaan.

Sambil menjelaskan ia meliputi kerjasama dengan Bersatu dan UMNO, serta BN, Idris berkata iktibar daripada pemerintahan PH yang dilihat sebagai gagal sebelum ini perlu direnung secara mendalam.

“Kita harus melihat kembali dan belajar daripada kegagalan pemerintahan PH selama 22 bulan, termasuk tidak mampu menunaikan manifesto kepada rakyat.

“Pengajaran sepanjang tempoh PH memegang tampuk pentadbiran sebelum ini yang turut ditolak oleh rakyat, perlu dihayati,” katanya kepada media pada Majlis Perasmian Program Kembara Hijrah Ekspedisi Jalanan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 di Dataran Kompleks Islam, di Putrajaya, hari ini (17 September 2022).

Program itu dijayakan 89 peserta membabitkan kelab permotoran dari sekitar Lembah Klang ke Pulau Pinang bertujuan menyantuni komuniti juvana; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT); pesakit AIDS; penghidap HIV; serta orang kena pengawasan (OKP) dadah untuk bersama-sama mengisi slot usrah dan bergotong-royong.

Dalam pada itu, Idris turut membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang menyifatkan PAS sudah tidak bermoral kerana menggunakan nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah.

Beliau menegaskan, PAS memang konsisten menentang rasuah dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelaku.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menyifatkan kenyataan Khalid seolah-olah menggambarkan AMANAH ‘suci’ dengan menuding jari kepada PAS, sedangkan pemimpin PH turut berdepan perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

Ditanya berhubung dakwaan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS kini adalah parti ‘kafir’ kerana bekerjasama dengan UMNO pula, Idris enggan memberi sebarang komen.

“Saya tidak mahu komen mengenai kenyataan Tun (Dr Mahathir). Jika ingin mendapatkan kenyataan lebih lanjut, boleh tanya Tun sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
8 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
10 jam lalu· Politik
Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin
13 jam lalu· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
18 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
8 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
11 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
11 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok