Kerjasama dengan UMNO bukan bermakna PAS terdesak: Mursyidul Am

September 2, 2022 · Politik

Dakwaan mengatakan PAS terdesak untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan masih mahu bekerjasama dengan UMNO adalah tidak wajar, kata Datuk Hashim Jasin.

Mursyidul Am PAS itu berkata PAS tidak terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO malah sudah bersedia untuk bergerak solo sekiranya Muafakat Nasional (MN) tidak dapat diselamatkan lagi, malah menegaskan parti itu sudah biasa berdepan tekanan sejak 1951.

“Ya (jika terdesak) ertinya tak boleh hidup tanpa dia (UMNO) sedangkan kita sudah sampai sehingga sekarang dari 1951. Macam-macam kita lalui. Tekanan apa semua. Kami seronok, kami berpakat untuk MN. Kita lalui semua.

“Maka, nak kata PAS terdesak? PAS tidak terdesak sebab kita ada tempat bergantung dengan berpandukan al-Quran, sunnah dan syarak. Bila perpandukan itu kita jadi tenang, kalau kalah pun tak apa, menang.. lagilah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hashim terdahulu merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Guar Chempedak hari ini.

Jelasnya lagi, keutamaan PAS adalah bagi menyatukan orang Islam dan Melayu, malah sedia menjadi orang tengah untuk menyatukan kembali Bersatu dan UMNO untuk duduk satu meja.

“Demi perpaduan ummah, kalau ada dua golongan mukmin bergaduh hendaklah kamu damaikan. Berkaitan UMNO dengan Bersatu mungkin kita buka pintu, kita ajak dan kita tak tutup.

“Bukan semua pimpinan UMNO menolak (penyatuan ummah). Jadi kita berharap ada sebahagiannya dibuka pintu hati mereka dan kita balik kepada agenda perpaduan ummah kita,” katanya lagi.

Hubungan UMNO dan PAS yang dirintis selepas PRU-14 lalu melalui jalan berliku selepas PAS memilih bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia diburukkan lagi selepas Barisan Nasional (BN) dan PN bertembung sesama sendiri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu.

MN merupakan sebuah gagasan kerjasama antara PAS dan UMNO yang dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
2 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
2 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
2 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
5 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
16 minit lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
54 minit lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
13 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
13 jam lalu · Politik
PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok