Kerjasama dengan mana-mana parti hanya selepas PRU: Zahid

April 11, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kecaman daripada pemimpin parti sendiri berkata sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zahid yang terpalit dengan kontroversi klip audio tular bagaimanapun tidak mendedahkan nama parti politik yang akan UMNO bekerjasama walaupun sudah diketahui umum wujud pakatan antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO dan BN sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik selepas PRU. Ketika itu sebarang bentuk kerjasama tidak perlu ada pihak yang mempertikaikannya kerana itu pasca PRU.

“Yang penting UMNO harus dominan semula bersama rakan-rakan dalam BN,” katanya dipetik dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Zahid berkata rakyat mahu kestabilan dalam kerajaan dan menggesa supaya PRU diadakan segera bagi memberikan peluang rakyat untuk memilih mandat baharu.

“Rakyat mengharapkan mandat baru yang akan diberikan kepada pihak yang dapat membentuk kerajaan yang stabil. Ia adalah perancangan jangka panjang supaya rakyat dan negara tidak lagi menghadapi sebarang ketidakstabilan politik,” katanya.

Baru-baru ini, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO mula menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendesak peletakan jawatan beliau

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu
February 24, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok