Kerjasama Anwar-Zahid masih wujud, sampai bila nak menipu DAP dan Amanah?

November 26, 2021 · Politik

Fakta yang perlu diketahui DAP dan Amanah adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya masih menjalinkan kerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia perlu menjadi pertimbangan untuk mereka menyingkirkan Ketua Pembangkang itu.

DAP dan Amanah mungkin tidak tahu yang Anwar sentiasa berkomunikasi dengan anak muridnya itu secara konsisten sama ada menerusi perantaraan orang tengah atau menerusi panggilan telefon secara rahsia, realitinya kedua-dua parti itu ditipu hidup-hidup Anwar.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masih terpesona dengan ayat-ayat manis Presiden PKR sehingga termakan dengan janji-janji palsunya dan sehingga hari ini masih mempercayai kononnya Anwar adalah calon Perdana Menteri (PM) bagi gabungan itu.

Sumber Agenda Daily boleh mengesahkan Anwar masih menghantar pemimpin kanan PKR bertemu dengan Zahid sama ada sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mahupun selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

“Hubungan Anwar dengan Zahid tidak pernah terputus seperti yang disangkakan… Malah, kenyataan Zahid semasa PRN Melaka yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan gabungan parti yang lain adalah sandiwara semata-mata.

“Kedua-dua cikgu dan anak murid itu masih setia bersama, merancang strategi politik bersama… Namun, Anwar perlu sedar sampai bila mahu menipu kepada DAP dan Amanah,” kata sumber itu.

Jika DAP dan Amanah beranggapan Anwar sudah serik berkomplot dengan Zahid, ia ternyata sama sekali tidak benar, malahan Anwar masih cuba berunding dengan Zahid untuk membantunya dinaikkan sebagai PM yang baharu.

Sampai bila DAP dan Amanah mahu memikul beban biawak hidup yang hanya akan menyusahkan mereka kelak dalam berdepan dengan rakyat semasa pilihan raya umum (PRU) nanti? Tidak serik dengan keputusan PRN Melaka?

DAP dan Amanah boleh meletak harapan kepada Anwar untuk menggepalai gabungan itu untuk menghadapi PRU selepas ini, namun yang pastinya ia akan jadi medan terakhir Pakatan Harapan (PH) sebelum mereka berkubur ditolak rakyat.

Anwar boleh menggunakan retorik kononnya kekalahan PRN Melaka tidak akan melunturkan semangat mereka, bahkan yakin akan bangkit untuk memenangi PRU seperti keadaan sebelum ini yang menyaksikan PH menjadi kerajaan buat kali pertama dalam sejarah negara.

Namun, Anwar terlupa bahawa yang menggemudi dan membawa kemenangan PH dalam PRU-14 sebelum ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sama sekali tidak memainkan peranan kerana berada disebalik tirai besi. Jadi masa bila Anwar ini membantu PH menang dalam PRU-14?

Untuk rekod, Anwar tidak pernah berjaya membimbing blok pembangkang memenangi mana-mana PRU sehinggalah Dr Mahathir mengambil tempatnya dan mengetuai PH sehingga menang bergaya dalam PRU-14.

Tidak perlulah Anwar mendabik dada kononnya masih diperlukan walhal pemimpin dalam PH sendiri sudah mula sedar sedang dipergunakan untuk mengejar cita-cita peribadinya semata-mata dan bukannya untuk membela rakyat.

Apakah untungnya kepada DAP dan Anwar apabila Anwar masih meneruskan usaha untuk bekerjasama dengan UMNO, lihat sahaja yang berlaku pada PRN Melaka baru-baru ini, DAP dan Amanah gagal teruk dalam menarik sokongan rakyat sehingga kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi semasa PRU-14 lalu.

Sudah sampai masanya DAP dan Amanah mengkaji secara mendalam dan tidak setia membuta-tuli kepada Anwar kerana akhirnya kelak terpaksa membayar harga yang mahal atas kesilapan tersebut dan merugikan mereka.

Atau adakah pemimpin DAP dan Amanah masih hidup dalam sindrom penafian, mempercayai Anwar dan Zahid sudah terputus hubungan mereka sejak tular klip audio kontroversi perbualan antara cikgu dan murid?

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023
Tak dapat jawatan MB, UMNO N. Sembilan harap dapat banyak jawatan Exco
August 16, 2023
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok