Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’

February 8, 2023 · Politik

Kerajaan UMNO-DAP Pahang dibidas kerana menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang (Perikatan Nasional – PN) untuk menggunakan premis awam bagi program melibatkan rakyat negeri itu.

Tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri diterajui UMNO dan DAP sebagai tidak matang, selain disifatkan memiliki dendam politik.

Terbaharu, Majlis Daerah Maran di bawah kerajaan UMNO-DAP menolak permohonan ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz untuk menggunakan Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak, Jengka pada 18 Februari bagi mengadakan majlis Walimah Perdana 5.0.

Shahril Azman memohon menggunakan dataran itu pada 15 Disember 2022 dan menerima jawapan pada 31 Januari lalu yang memaklumkan Majlis Daerah Maran menolak permohonan berkenaan.

Surat ditandatangani Setiausaha Majlis Daerah Maran, Mazaitun Hani Zainon, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab penolakan itu, menurut laporan akhbar rasmi PAS, Harakah.

“Saya berasa amat dukacita dengan apa yang berlaku, kerana pasangan pengantin yang akan melangsungkan Majlis Walimah tersebut telah dinafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan premis awam.

“Saya kecewa dengan Kerajaan Umno-DAP Negeri Pahang yang telah bertindak tanpa mengambil kira kepentingan awam melebihi dendam politik yang tidak matang.

“Kita membantu pasangan untuk berkahwin dengan perbelanjaan yang minima dan ini kerja kebajikan yang patut disokong, bukannya menyusahkan rakyat,” bidas beliau.

Kerajaan UMNO-DAP Pahang pasca PRU-15 sebelum ini juga telah bertindak membatalkan tempahan Dewan Tun Razak Temerloh bagi majlis kesyukuran anjuran PAS kawasan Temerloh.

Notis pembatalan saat akhir kurang 24 jam sebelum majlis pada 14 Disember tahun lalu itu, memaksa PAS Temerloh memindahkan majlis berkenaan ke lokasi lain iaitu ke pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh.

Nasib seumpama turut dialami PAS kawasan Maran apabila tempahan Dewan Jubli Perak dan Dewan Arena Chenor bagi majlis khatan dan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia, turut dibatalkan.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2022 itu bagaimanapun tetap diteruskan dengan berpindah lokasi ke pekarangan kediaman Ahli Parlimen Maran pada tarikh sama.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok