Kerajaan tidak tolak titah Agong, perlu diadakan dengan tertib dan teratur

June 20, 2021 · Politik

Kerajaan sama sekali tidak menolak titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembukaan sidang Parlimen, malah perkara itu diambil secara serius oleh kerajaan dan menjunjung kasih titah tersebut.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, oleh itu tidak timbul soal kononnya kerajaan melakukan penderhakaan kepada Tuanku seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak berhubung isu titah pembukaan sidang Parlimen baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad.

“Isu derhaka tak derhaka ini tidak timbul, kerana tiada sesiapa pun yang menolak titah pandangan YDPA cuma dari segi kaedah itu dan pelaksanaannya mestilah mengikut kaedah yang teratur selaras dengan Perlembagaan dan mengikut undang-undang,” katanya kepada Agenda Daily.

Sehubungan itu beliau menolak polemik berkenaan dan menangkis tohmahan itu yang dilihat sengaja dicipta bagi mempengaruhi rakyat supaya terkeliru dengan isu melibatkan pembukaan sidang Parlimen yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Jadi saya fikir menjadi tanggungjawab kerajaan dan golongan pakar supaya memberi penjelasan kepada rakyat supaya mereka lebih faham dan mereka mempunyai satu persepktif yang tepat tentang perjalanan pentadbiran negara ini.

“Kita cakap soal pentabiran negara ia mesti dilakukan secara teratur ada tertib… Ia ada masa dan tempoh tertentu perkara itu dibuat, dan saya fikir penjelasan yang dibuat secara lebih meluas dari semasa ke semasa nanti rakyat akan faham tentang kedudukan perkara ini dan ia tidak seharusnya timbul polemik,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya mengikut peraturan mustahil untuk Parlimen dibuka sesegera yang mungkin dan memerlukan sedikit masa untuk membuat persediaan sama ada melibatkan aspek teknikal dan juga keselamatan memandangkan penularan pandemik yang masih melanda negara ketika ini.

“Saya tidak fikir ia cukup yang pertamanya kerana ia tidak mengikut peraturan kerana ia ada tempoh-tempoh tertentu.

“Sidang Parlimen dalam keadaan kita kena ambil faktor kesihatan dulu (era pandemik), dulu tak ambil kira faktor kesihatan buat sahaja sekarang ini kena ambil kira macam mana di Parlimen hendak pastikan penjarakan sosial melibatkan 222 Ahli Parlimen dalam dewan dan lain-lain,” tegasnya.

Mengulas lanjut katanya, peraturan Parlimen tidak boleh ‘dikoboikan’ dan perlu mengikut terma undang-undang yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

“Kita kena ikut kaedah yang betul, dalam hal ini kerajaan tidak memandang remeh kepada peraturan dan tatacara pembukaan Parlimen,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan komitmen yang diberikan kerajaan untuk membuka sidang Parlimen dengan secepat mungkin.

Beliau berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dalam kenyataannya sudah pun bercadang untuk membuka sidang Parlimen pada September depan dan isu tersebut tidak wajar dipolemikkan.

Mengulas lanjut, Marzuki juga berkata cadangan untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen sekitar September tersebut mengambil kira pelbagai faktor memandangkan ketika itu rakyat sudah mencapai imuniti berkelompok dan penularan pandemik sudah semakin reda.

“Perdana Menteri memberi bayangan Parlimen boleh diadakan pada bulan 9 atau bulan 10, ini kerana mengambil kira fasa-fasa didalam Pelan Pemulihan Negara.

“Kerana dijangkakan pada bulan 9 dan 10 itu kita telah pun mencapai kadar vaksinasi, populasi 60 peratus… Ini dikatakan sudah hampir 80 peratus sudah mencapai herd imuniti (imuniti berkelompok)… Dan mungkin dalam bulan Oktober itu, negeri-negeri tertentu sudah boleh mencapai imuniti berkelompok.

“Di negeri-negeri berkepadatan tinggi, Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain… Mungkin, kalau sekiranya proses vaksinasi itu berlaku dengan cepat dan mengikut jadual. Oleh kerana itu lah, Perdana Menteri memberi bayangan selamat lah untuk kita mengadakan sidang Parlimen ini,” katanya lagi.

Ikuti wawancara penuh disini:

Penamatan darurat dan pembukaan Parlimen

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok