Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal

October 3, 2023 · Politik

Sikap sambil lewa dan gagal mentadbir negara dengan baik menyebabkan kerajaan campuran kini tidak lagi diyakini rakyat, kata Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai hala tuju dan sering merapu sehingga pelabur tidak yakin, malahan rakyat juga meragui kemampuannya susulan permasalahan yang gagal ditangani dengan baik.

“Tiada hala tuju yang jelas – PM10 pun jenis bila ditanya soalan, dia dok merapu ke lain, macam mana pelabur nak yakin.

“PM10 dan kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) hari ni berhadapan dengan krisis keyakinan, rakyat tidak yakin, peniaga tidak yakin, penjawat awam tidak yakin, pelabur tidak yakin, pasaran pun tak yakin,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Tun Faisal membangkitkan isu dihadapi negara ketika ini, kejatuhan ringgit serta kenaikan harga barang ketika ini yang tidak terkawal dan juga bekalan makanan asas yang hilang di pasaran seperti beras dan telur sebelum ini.

“PM10 dan kerajaan PH-BN hilang kawalan ke atas banyak perkara, harga barang, kos sara hidup, bekalan barangan, termasuk bekalan barangan asas, OPR (Kadar Dasar Semalaman), nilai ringgit dan prestasi menteri-menteri.

“Rakyat susah, peniaga susah, penjawat awam pun susah, kos sara hidup tinggi, harga barang melambung tinggi, bayaran bulan kpd bank tinggi, sewa meningkat, bil letrik melambung tinggi, harga barang kawalan pun meningkat tinggi, bekalan barangan, termasuk makanan asas kurang, ringgit jatuh, pasaran saham jatuh… maruah rakyat pun jatuh, terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan beras tempatan,” ujarnya lagi.

Mengambil kira semua faktor kegagalan kerajaan campuran tersebut, Tun Faisal mempersoalkan sama ada wajar ia relevan lagi untuk terus dikekalkan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat setiap hari.

“Bolehkah kita terus memberikan keyakinan dan sokongan terhadap Anwar, jika keadaan negara dan rakyat semakin hari semakin teruk?” soalnya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
36 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok