Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak

March 28, 2023 · Politik

Pihak kerajaan campuran nampaknya takut untuk bincang berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.

Malahan, usul yang dibawa Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan kegagalan lawatan Anwar itu baru-baru ini juga ditolak Dewan Rakyat walaupun sudah terdapat usul dikemukakan oleh Ahli Parlimen (MP) Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.

MP PN itu memaklumkan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini selepas menerima jawapan balas daripada pejabat Speaker Dewan Rakyat sebelum itu.

Menurut beliau, usaha menanyakan soalan berkaitan lawatan itu pada sesi pertanyaan menteri yang disertai Perdana Menteri pagi tadi turut ditolak.

“Jadi saya nak minta apakah saluran lain yang boleh saya bawa ke Dewan Rakyat ini untuk Kementerian Luar Negeri menjelaskan kepada kami apa yang sebenarnya berlaku di Arab Saudi minggu lalu?,” soal beliau kepada Timbalan Speaker Datuk Ramli Mohd Nor.

“Kami menuntut daripada Kementerian Luar Negeri tentang apa yang berlaku di Riyadh minggu lalu.”

Pada masa sama, Ahli Parlimem Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan kerajaan sama ada akan menggunakan Peraturan 14(1)(i) Dewan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada dewan dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, isu yang diusulkan Fayhsal merupakan isu kepentingan awam dan wajar diberi penjelasan.

“Seluruh rakyat Malaysia mahu mendengar hakikat sebenarnya apa yang berlaku dalam hal ini.

“Usul ditolak, MQT (Waktu Pertanyaan Menteri) ditolak, kemudian mana lagi saluran yang Dewan Rakyat ini nak berikan?” soal Takiyuddin.

Minggu lalu, Anwar bersama rombongannya mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi yang mana mereka gagal bertemu dengan pemerintah “de facto” kerajaan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Sejak itu, wakil rakyat PN menuntut penjelasan daripada kerajaan berhubung lawatan itu terutamanya di Dewan Rakyat.

Sebagai maklum balas daripada persoalan Fayhsal, timbalan speaker meminta supaya beliau merujuk Peraturan 43 yang menyebut:

“Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan majlis mesyuarat atau jawatankuasa diendahkan, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta timbangkan semula dan tidak boleh diulangkaji oleh majlis mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu.

“Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu.”

Berita berkaitan
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
4 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
6 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok