Kerajaan tak campur kes Najib, kata Ismail Sabri, tapi UMNO lain pula

October 26, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tetap tidak akan campur tangan dalam pengadilan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya urusan memberi pengampunan kepada Najib adalah dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan bukannya UMNO.

“Kerajaan konsisten… ia (kerajaan) tidak akan mengganggu sistem kehakiman. Ini jelas,” katanya kepada media selepas melancarkan Kompleks Media City di Angkasapuri Kuala Lumpur, hari ini (Rabu, 26 Oktober 2022).

Malaysia kini diperintah kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri berkata demikian diminta ketika diminta mengulas spekulasi media sosial bahawa Najib akan diampunkan dan menjadi Ahli Parlimen Pekan semula jika BN dan UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menurut MalayMail hari ini.

Sebelum ini, pada Taklimat Presiden UMNO setelah beberapa hari Najib dihantar ke Penjara Kajang, pemimpin utama parti itu yang berada di atas pentas utama mengkritik hebat badan kehakiman sehingga mempertikai mengapa Ismail Sabri tidak menukar Peguam Negara (AG).

Keputusan mahkamah melibatkan kes Najib dipertikai dan desakan menukar AG timbul dalam perhimpunan yang dipanggil atas jemputan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Agenda perhimpunan tersebut secara jelas bertujuan untuk menunjukkan bantahan UMNO terhadap keputusan kes Najib, jika tidak masakan berdegar-degar pemimpin utama parti memberi kecaman hebat terhadap badan perundangan tertinggi negara secara terbuka.

Malah, Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Azalina Othman Said, telah secara terbuka menyindir Ismail Sabri dengan berkata “jika kuasa penukaran Peguam Negara di tangan Perdana Menteri, mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara, malah ia adalah bidang kuasa Perdana Menteri.”

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menegaskan bahawa peguam Najib telah melakukan kerja mereka dalam memfailkan permohonan untuk Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan pada 23 Ogos, dan memohon pengampunan Diraja.

“Mahkamah akan membuat keputusan dan kami akan membenarkan badan kehakiman membuat kesimpulan sendiri,” kata Ismail Sabri.

Tambahnya, Lembaga Pengampunan juga akan membuat keputusan sendiri mengenai kes Najib.

“UMNO tidak mempunyai kuasa (untuk melakukan perkara sedemikian), dan kami menghormati sistem kehakiman. UMNO tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan sesiapa sahaja,” katanya.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas dia disabitkan atas tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya kerana salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan itu.

Selain itu, ketua Ismail Sabri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga kini sedang berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, di dua mahkamah.

Pada 23 September lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), namun pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan.

Zahid juga sedang menunggu keputusan perbicaraan kes melibatkan Yayasan Akalbudi, di mana keputusan perbicaraan akan diketahui awal disember depan, setelah PRU-15 diadakan pada 19 November.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok