Kerajaan stabil tapi tak bersih tidak diperlukan, kata Radzi

November 7, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menawarkan kerajaan yang stabil dan bersih sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

“Ada kerajaan stabil tetapi tidak bersih tapi PN akan pastikan Malaysia sebuah negara bersih dan stabil,” katanya  ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos di Putrajaya pada Isnin (7 November 2022), lapor Sinar Harian.

Beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Putrajaya berkata pengalaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mentadbir negara ketika waktu paling sukar saat pandemik Covid-19 melanda negara jelas telah membuktikannya.

“Kita ada rekod yang jelas tanpa sebarang manifesto, kita dapat berkhidmat dengan baik. Kita tidak main-main,” katanya.

Menurutnya, manifesto yang ditawarkan oleh PN merupakan tawaran komprehensif dengan meliputi pelbagai lapisan masyarakat yang turut mengambil kira pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Saya kira ia merupakan tawaran realistik dan menyeluruh,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
47 minit lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok