Kerajaan stabil, PRU-15 bukan prioriti: Takiyuddin

June 14, 2022 · Politik

Kerajaan ketika ini adalah stabil, dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik Covid-19, lapor Bernama.

“Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

“Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PRU-15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok