Kerajaan sementara tak boleh bertindak sewenang-wenang: Noraini

March 27, 2021 · Politik

“Walaupun kita sekarang menjadi sebahagian daripada kerajaan, tetapi ini tidak bermakna, ia memberi lampu hijau kepada kerajaan sementara ini untuk bertindak sewenang-wenangnya,” kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Katanya, walaupun beliau berpijak di atas pentas yang sama, tetapi beliau tetap menolak apa sahaja tindakan yang boleh menodai kepercayaan rakyat.

“Walaupun saya berpijak di dalam pentas sama, segala tindak-tanduk dan keputusan boleh yang menodai kepercayaan rakyat, tidak semestinya kita akur,” katanya menyampaikan ucapan dasarnya pada Persidangan Wanita UMNO 2020 di PWTC, hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan enam bulan pertama pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) penuh semangat dan kegembiraan rakyat dan selepas itu dipenuhi hiruk-pikuk pergaduhan politik.

“Benarlah kuasa menguji manusia. Kita mudah menuturkan bicara ketika menunding jari. Hari ini apabila diberi kuasa dan peluang oleh Allah S.W.T., kita mengulangi sejarah perbalahan umat Islam sejak pembunuhan Saidina Usman Affan.

“Inilah tanggapan saya dalam keadaan politik orang Melayu hari ini. Walaupun kita tidak berperang dan berbunuhan secara fizikal, namun perang dan ‘pembunuhan’ dalam wacana politik juga bakal melemahkan politik Melayu-Islam sekali lagi,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Bersatu.

Noraini juga menegaskan UMNO mesti kelangsungan atau survivalnya bagi mempertahankan agenda Melayu Islam di negara ini, selain perlu kembali memimpin bagi kesejahteraan rakyat, bukan kerana kuasa atau kerusi.

“UMNO, sebagai parti keramat orang Melayu mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk meluruskan kembali jalur politik negara,” katanya dalam ucapan dasarnya pada persidangan perwakilan pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini hari ini.

Justeru, Wanita UMNO akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti untuk meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 diadakan secara hibrid diadakan selama dua hari bermula hari ini sehingga esok selepas setahun ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu· Politik
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
1 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
5 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
38 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok