Kerajaan sementara tadbir negara

October 10, 2022 · Politik

Malaysia kini ditadbir oleh Kerajaan Sementara yang terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri Kabinet – dengan peranan mereka kini hanya terhad kepada pentadbiran asas dan tidak harus dibenar membuat sebarang keputusan melibatkan dasar.

Dengan pembubaran Parlimen ke-14 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Oktober 2022), maka Pilihan Raya Umum (PRU) mesti diadakan dalam tempoh 60 hari sebagaimana ditetapkan di dalam Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan kepada Konvensyen Perlembagaan, kerajaan sementara atau ‘caretaker government’ akan memerintah sesebuah negara bermula daripada pembubaran Parlimen hingga kepada penubuhan kerajaan baharu selepas PRU diadakan.

Bagaimanapun, ada juga pendapat mengatakan Perdana Menteri yang menerajui Kerajaan Sementara tidak sepatutnya melantik pembantu (menteri) kerana kerajaan boleh bergerak dengan sokongan dan bantuan penjawat awam di bawah Ketua Setiausaha Negara.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat dalam tempoh seminggu lagi untuk mengumumkan tarikh penamaan calon, hari pengundian awal dan hari mengundi.

Khabar angin yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu mengatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 22 Oktober, dan pengundian pada 5 November. Khabar angin sebelum ini mengatakan pengundian akan diadakan pada 12 November.

Tetapi, tiada satu pun daripada khabar angin ini dapat disahkan secara bebas oleh sesiapa sahaja.

Tempoh berkempen selama dua minggu untuk parti politik yang bertanding untuk meraih sokongan pengundi dan perhimpunan akan diadakan selepas hari penamaan calon.

Pilihan raya di Malaysia dilaksanakan secara dua peringkat – Persekutuan dan negeri – di mana pada peringkat Persekutuan PRU diadakan untuk memilih 222 ahli Dewan Rakyat, manakala Pilihan Raya Negeri (PN) diadakan untuk memilih ahli Dewan Undangan Negeri, bagi setiap lima tahun.

Kedua-dua pilihan raya biasanya diadakan serentak melainkan diputuskan oleh kerajaan negeri.

Untuk rekod, negeri yang diketuai Pakatan Harapan (PH) dan PAS – Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, dan Terengganu – setakat ini berkata DUN tidak akan dibubarkan serentak dengan Parlimen, kerana negara bakal memasuki musim tengkujuh.

Walaupun PRU tidak dijangka diadakan sebelum penggal berakhir, pemimpin UMNO – yang mempunyai 36 daripada 222 kerusi Parlimen – secara lantang mendesak pemilihan diadakan tahun ini untuk memanfaatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor dan Melaka.

Dua belas menteri PN juga telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan penolakan mereka mengadakan PRU-15 ketika musim tengkujuh, manakala PAS telah memberi amaran terhadap pembubaran itu, sambil berkata PRU-15 tidak perlu tergesa-gesa.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, khususnya, telah mengetuai tekanan supaya Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO untuk membubarkan Parlimen, walaupun mendapat kritikan daripadapPembangkang dan juga sekutu kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN), yang telah memberi amaran tentang kesan yang akan ditanggungnya pengundi, terutama ketika musim tengkujuh.

Namun, keadaan itulah yang dikehendaki UMNO dan BN kerana ia akan menyebabkan peratusan keluar mengundi akan rendah, sekali gus memberi peluang mereka untuk menang.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof sebelum ini meramalkan bahawa pembayar cukai Malaysia mungkin perlu membayar sehingga RM1 bilion tambahan jika PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh.

Pembubaran Parlimen ke-14 yang dibuat hari ini menyusul pertemuan Ismail Sabri dengan yang di-Pertuan Agong, sebelum baginda berangkat mengadakan lawatan khas ke London mulai hari ini hingga 16 Oktober depan.

Yang di-Pertuan Agong juga dilaporkan bertemu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum penerbangannya.

Pembubaran itu juga dibuat walaupun sebelum ini Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa perhatian harus diberikan kepada proses penyaluran bantuan kepada rakyat jika bencana berlaku selepas baginda diberi taklimat mengenai cuaca akhir tahun dan situasi banjir.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran juga turut mengenal pasti beratus-ratus kawasan di seluruh negara yang berisiko dinaiki air pada musim Monsun Timur Laut itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022· Politik
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok