Kerajaan PN masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen

July 29, 2021 · Politik

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen, ia selepas timbul polemik berhubung kedudukan kerajaan dalam Dewan Rakyat ekoran kenyataan Istana Negara.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dipercayai sebagai mengulas khabar angin bahawa keranaan PN tidak lagi memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ismail Sabri berkata situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil dan boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi serta memerangi pandemik Covid-19.

Bagaimanapun beliau berharap rakyat kekal bertenang dalam menghadapi situasi terkini negara dan berdoa agar kemelut politik ini akan berakhir.

“Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kontroversi tercetus semasa sidang Dewan Rakyat selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik dalam laman Facebook Istana Negara.

Susulan kenyataan tersebut, sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selepas timbul kes jangkitan Covid-19 yang dikesan berlaku dalam Parlimen dan ujian saringan dijalankan kepada semua Ahli Parlimen dan petugas yang berada di kawasan Parlimen.

Berita berkaitan
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok