Kerajaan PN bantu rakyat tanpa mengira kaum kata Muhyiddin

November 15, 2022 · Politik

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu semasa pentadbirannya, bantuan dihulurkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Malah beliau turut mendedahkan bagaimana PN membantu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) yang dianiaya kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

“Kami dalam PN adil kepada semua kaum. Hak Bumiputera kami pelihara, hak kaum-kaum lain juga kami lindungi. Semasa saya jadi Perdana Menteri, kerajaan PN beri bantuan kepada semua rakyat tak kira apa kaum pun.

“Satu lagi ramai orang tak tahu. Lim Guan Eng (Menteri Kewangan PH ketika itu) potong bantuan RM20 juta kepada TAR College semasa dia jadi Menteri Kewangan kerajaan PH.

“Bila saya jadi Perdana Menteri Kerajaan PN, Datuk Seri Wee Ka Siong tulis surat kepada saya minta bantuan kerajaan kepada TAR College dikembalikan. Saya luluskan.

“Menteri Kewangan DAP potong bantuan kepada TAR College. Perdana Menteri dari PN kembalikan semula bantuan kepada TAR College. Ini nak menunjukkan kita dalam PN ini adil kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (15 November 2022)

Terdahulu Peruntukan kepada kolej milik MCA itu dipotong sebanyak RM5.5 juta dalam Belanjawan 2019 dan RM1 juta dalam Belanjawan 2020.

Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan PH sedia menyediakan peruntukan RM30 juta jika MCA melepaskan pegangan dalam TAR UC.

Namun pada Mei 2020, Kementerian Kewangan mengembalikan peruntukan RM58 juta kepada institusi pengajian tinggi itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengimbau kata-kata Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan pada mesyuarat Kabinetnya yang menyentuh soal bantuan diberikan PN kepada semua tanpa mengira kaum.

“Dalam mesyuarat kabinet saya yang terakhir, Wee Ka Siong sebut kepada saya ‘Sir, this is the first time the Malaysian Cabinet didn’t discuss about race. We help everyone regardless of race.’ (Tuan, ini pertama kali Kabinet Malaysia tidak bincang soal kaum. Kita bantu semua tanpa mengira kaum).

“Inilah caranya kita mentadbir Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum. Adil kepada semua barulah negara kita ini stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin yang juga calon Parlimen Pagoh berkata ketika kerajaan PN mentadbir negara, pelbagai inisiatif dilaksanakan yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia.

“Vaksin kami beri kepada semua. Tak tanya sama ada yang terima Cina, India atau Melayu. Subsidi upah RM20 bilion kerajaan PN salurkan kepada lebih 300,000 syarikat. Saya tak tanya itu syarikat Melayu ke, Cina ke, India ke. Semua dapat.

“Kita berjaya selamatkan 3 juta pekerja. Itu pun saya tak tanya pekerja Melayu, Cina atau India. Kami juga belanjakan RM18 bilion untuk Bantuan Prihatin Rakyat, iaitu bantuan langsung tunai yang diberikan kepada 10 juta isi rumah. Baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun atau kaum-kaum lain yang layak, mereka dapat bantuan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok