Kerajaan PH-BN praktikkan politik drakonian, barbarian tekan lawan

March 9, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat cuba menghidupkan semula budaya politik tidak bertamadun, drakonian dan kuku besi, yang telah lama dilupakan, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Menurutnya sekatan terhadap kebebasan media dan aspirfasi politik anak muda adalah tindakan ‘barbarian’ moden, sekali gus menterjemahkan kegusaran dan kegerunan PH-BN terhadap penolakan dan kekecewaan rakyat terhadap kegagalan mentadbir dan menguruskan negara.

Beliau berkata politik drakonian dan kuku besi sudah tidak relevan dalam negara, malah rakyat juga menolak budaya politik jalanan dan keganasan yang pernah menjadi pilihan sebahagian kelompok parti politik sebelum ini.

“Politik emosi dan simpati sudah beralih kepada politik fakta dan data. Perubahan politik negara hanya sesuai diterjemahkan dalam bentuk pengundian dalam pilihan raya atau di Parlimen.

“Perkembangan politik semasa memperlihatkan budaya politik tidak bertamadun yang telah lama dilupakan rakyat cuba dihidupkan semula Kerajaan PH yang memerintah sekarang.

“Tindakan menangkap pimpinan politik pembangkang dan menghadapkan mereka atas tuduhan yang direka cipta adalah politik tidak bertamadun. Plot drama ini dilihat secara jelas apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengeluarkan tuduhan demi tuduhan sejak hari pertama memasuki pejabat rasmi.

“Kenyataan media Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lebih menjurus kepada apa yang disifatkan ‘pembongkaran’ kerja keras kerajaan lalu yang dengan wajah yang hodoh.

“Angka-angka yang sentiasa berubah dan akhirnya ‘diserahkan’ kepada SPRM dan polis adalah tindakan menekan badan penguatkuasaan agar menerima tuduhan dan mencari serta mencipta apa apa sahaja yang boleh disifatkan sebagai ‘tidak betul’.

“Sebarang salah guna kuasa dan memperalatkan badan undang-undang negara untuk mengekang saingan politik adalah tindakan mundur dan tidak bertamadun,” katanya dalam kenyataan hari ini dipetik daripada Harakah.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam dikenakan terhadap pemimpin PN sejak kebelakangan ini.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol berkata tindakan itu bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia yang menjadi slogan perjuangan PH ketika menjadi pembangkang.

Menurutnya hak asasi manusia kini hanya bersifat kebebasan yang melampaui teras dan prinsip Islam namun tidak untuk suara kebenaran menegur kerajaan.

“Suara-suara rasis terhadap Melayu dan Islam seperti mendapat perlindungan sebaliknya kebebasan mengkritik kerajaan dipasung dan dipenjarakan.

“PAS Perak menyeru kerajaan yang ada sekarang agar bersifat matang dan menumpukan usaha membangunkan negara. Tindakan sebagai pembangkang dalam keadaan berkuasa hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik negara.

“Segala tindakan zalim dan menekan suara rakyat hanya akan meningkatkan suhu politik negara yang sememangnya sudah tidak menentu,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat sedang memerhati situasi yang berlaku, begitu juga Ahli Parlimen dan ADUN, masing-masing mempunyai aspirasi perjuangan politik yang bersama kebangkitan rakyat.

“Perubahan politik boleh berlaku pada bila-bila masa melalui jalan demokrasi yang terbuka. Jangan jadikan politik balas dendam sebagai bayangan perjalanan politik terhadap kekecewaan lampau. Ini semua tidak baik untuk masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
14 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok