Kerajaan PH, BN mula bertindak zalim, penganiayaan: Muhyiddin

March 12, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) semakin cemas berdepan dengan masalah besar dihadapi rakyat sekarang ini, selain tidak tahu untuk menguruskan negara, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata disebabkan keadaan itu berterusan dan tahu ianya akan menjadi lebih teruk, maka cara yang mudah dilakukan ialah mengambil tindakan zalim.

“Kita sedar dia (kerajaan PH-BN) menghadapi masalah besar. Tak reti (tahu) nak menguruskan negara dan dia ada rasa yang agak cemas. Yang kalau berterusan dan kalau mereka tak nak membantu maka pasti keadaan rakyat akan bertambah teruk lagi.

“Cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah mereka ialah mengambil tindakan zalim. Bunuh semua parti pembangkang yang ada supaya hanya mereka saja yang ada.

“Saya harap rakyat sedar dan faham bahawa negara kita berdepan dengan satu situasi yang agak teruk… kezalimannya berterusan. Saya tak tahu bila (kezaliman itu) akan berhenti.

“Sepatutnyalah mereka berhenti daripada sikap yang tidak bertanggungjawab, fitnah yang berleluasa, tindakan zalim yang mereka lakukan terhadap kita (Perikatan Nasional). Dan sewajarnya sistem demokrasi yang ada di negara kita ini dapat dipertahankan,” kata Presiden Bersatu itu

Presiden Bersatu itu berkata demikian pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran Perikatan Nasional (PN) di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Kuala Lumpur, malam tadi (11 Mac 2023).

Bukan setakat melakukan kezaliman, malah Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan berkata, kerajaan PH-BN juga melakukan penganiayaan terhadap rakyat, terutama peneroka Felda apabila penghapusan hutang telah dibatalkan.

Menurutnya kerajaan PN yang mentadbir negara sebelum ini telah menghapuskan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion.

“Baru-baru ini dibuat keputusan iaitu membatalkan penghapusan hutang peneroka. Kita waktu PN dulu kita buat keputusan untuk hapuskan RM8.3 bilion hutang peneroka.

“Peneroka Felda hampir 100 peratus orang Melayu. Kalau ada pun di situ Cina dia pun layak dan baru-baru ni dalam Parlimen dia buat keputusan ataupun diumum oleh menteri dia (Datuk Seri Azalina Othman Said daripada UMNO).

“Dia kata kerajaan yang ada hari ni membatalkan keputusan untuk menghapuskan hutang itu. Bukankah aniaya tu.

“Saya cabar dalam Parlimen. Kenapa batalkan… oh pasal mereka tak bayar hutang… aliran wang tunai Felda merosot dan tak cukup. Macam mana soal aliran wang tunai? Pasal bila orang dah hutang lama dah lapok, mana ada aliran wang tunai.

“Sebab itu bila kita ambil tindakan menghapuskan RM8.3 bilion, kerajaan bagi jaminan… keluarkan sukuk Islam sebanyak RM9.9 bilion bagi pada Felda.

“Ini (batal hapus hutang) satu penganiayaan. Jadi jelas nyata di hadapan kita, tindakan kerajaan Pakatan Harapan, Barisan Nasional adalah suatu tindakan yang bodoh. Yang tak dapat membantu membela nasib rakyat.

“Apa lagi kalau nak melaksanakan janji-janji dia yang telah tersenarai dalam manifesto pilihan raya yang lepas,” katanya.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman idea tidak masuk akal
March 15, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok