Kerajaan PH-BN hilang fokus jaga kebajikan rakyat, salah orang lain

March 17, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) bukan saja hilang fokus untuk memimpin negara, malah cuba berselindung dengan membuat tuduhan kepada pihak lain.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat, selain tidak serius melakukan reformasi institusi.

“Hubungan antarabangsa kita tenggelam, dari segi perdagangan antarabangsa juga tenggelam, tidak tahu ke mana hala tuju kerajaan sekarang ini.

“Malah, kerajaan cuba menutup kegagalan itu dengan memalitkan orang lain melalui pelbagai tuduhan dan pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam temu bual bersama Harakah di Pejabat Bersatu di Parlimen, baru-baru ini.

Mengulas usaha mewujudkan Akta Dana Politik, Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor itu berkata, kerajaan sepatutnya boleh menggubal akta berkenaan dengan mudah jika berhasrat untuk melaksanakannya.

“Jika kerajaan hendak selesaikan isu dana politik ini, perkenalkanlah Akta Dana Politik, Sidang Parlimen ini sebulan lebih, mengapa tidak dibawa ke dalam Sidang Parlimen?

“Itu menunjukkan kerajaan hari ini tidak memberi keutamaan kepada reformasi institusi. Yang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) laungkan sebelum ini, ‘Reformasi! Reformasi!’ ini tipu sahaja.

“Saya rasa ramai dalam kalangan kita, termasuk pembaca Harakah dan saya yang berdemo tengah jalan, tengah panas, laung reformasi dahulu, sekarang baru kita nampak sikap sebenar Anwar,” katanya.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok