Kerajaan PH-BN didakwa ‘ganggu’ program Dr Mahathir, Melayu esok

March 18, 2023 · Politik

Satu program khas yang dikatakan melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung esok (Ahad, 19 Mac 2023) berdepan kesulitan setelah tempahan lokasi awal dibatalkan kerana masalah teknikal.

Sekretariat Proklamasi Orang Melayu dalam satu kenyataan hari ini (18 Mac) memaklumkan pihak penganjur terpaksa memilih lokasi baharu, bagaimanapun tempat kedua, dikataka di Sime Darby Convention Center, juga dibatalkan

“Pihak pengurusan dewan telah memaklumkan pembatalan tempahan kepada kami pada jam 9 malam tadi iaitu 24 jam sebelum acara dijadualkan berlangsung.

Pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebarang sebab atas pembatalan tersebut,” kata Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dijangka menjadi tetamu kehormat pada pelancaran program berkenaan di sebuah hotel di ibu negara. Bagaimanapun, program itu kemudian dipindah ke lokasi lain semalam atas masalah tertentu.

Himpunan itu difahamkan dianjur oleh Sekretariat Tanah Air, dan terdapat sumber mengesahkan ia tiada kaitan dengan pejabat bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr Mahathir dilaporkan akan hadir ke program itu atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil parti yang baharu disertainya iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Difahamkan, ia bukan acara politik sebaliknya membincangkan isu-isu berkaitan komuniti Melayu, manakala Dr. Mahathir dijadual memberi ucapan serta menandatangani proklamasi dalam program berkenaan.

Sementara itu, blogger Minaq Jinggo mendakwa notis tidak bertarikh yang diedarkan melalui whatsapp mengesahkan terdapat gangguan daripada pihak kerajaan atau atasan untuk cuba menghalang perjalanan Majlis Proklamasi Orang Melayu yang melibatkan Dr Mahathir.

Katanya lokasi asal ialah di Hotel Impiana KL tetapi difahamkan telah beralih ke Sime Darby Convention Center setakat berita yang tersebar semalam.

Beliau mempersoalkan apakah kumpulan Melayu yang ingin menyatakan suatu proklamasi begitu mengancam kedudukan mereka yang memegang tampuk kekuasaan?

“Gangguan seperti ini bukan lah perkara baru buat Dr Mahathir. Sejak melepaskan jawatan PM4, beliau telah melalui pelbagai rintangan dan halangan memenuhi jemputan berucap di pelbagai program semasa zaman Pak Lah dan juga zaman Najib Razak. Semuanya telah dilalui dengan jayanya.

“Orang yang berkuasa buat masa ini bukan mendapat sokongan dan undian majoriti orang Melayu. Kegusaran beliau akan berlaku kemerosotan sokongan yang lebih teruk amat mudah difahami.

“Bak ungkapan penulis Indonesia dalam ulasan peperangan di Ukraina, lawan Dr Mahathir kini dalam keadaan terketar-ketir memikirkan apa bentuk ‘serangan’ yang akan dilakukan Dr Mahathir.

“Yang pastinya lagi dihalang lagi meningkat lah keinginan ingin tahu orang Melayu untuk mengetahui isu yang ingin diketengahkan Dr Mahathir / penganjur,” kata Minaw Jinggo dalam media sosialnya.

Terdahulu hari ini, memetik laporan FMT, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pihak yang mendakwa kononnya orang Melayu semakin ditindas dan hilang kuasa bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.

Tanpa menamakan pihak itu, Anwar dipercayai merujuk kepada Dr Mahathir yang menurutnya, tidak memperjuangkan nasib orang Melayu ketika menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya mengayakan diri dan keluarganya.

“Ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham,” kata Anwar, yang juga presiden PKR semasa ucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”

Berita berkaitan
Proklamasi Orang Melayu 2023
March 19, 2023· Rencana
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok