Kerajaan PH-BN ‘cakap tak serupa bikin’ lantikan politik: Penganalisis

March 15, 2023 · Politik

Beberapa pihak menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) membuat lantikan beberapa pemimpin politik dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebagai ‘cakap tak serupa bikin’.

Malah, dalam beberapa perlantikan, mereka meminta Pengerusi PH yang kini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terbuka kepada pelantikan melibatkan beberapa pemimpin UMNO oleh timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam satu kenyataan hari ini (Rabu, 15 Mac 2023) membidas lantikan politik itu yang bercanggah dengan pendirian kerajaan dan keputusan Kabinet sebelum ini, menamatkan lantikan politik secara serta merta.

Pengerusinya, Thomas Fann, menyifatkan pelantikan politik bercanggah pendirian kerajaan sebelum ini dan merugikan pengundi jika ia membabitkan wakil rakyat pada masa ini.

“Masa dan perhatian mereka akan dibahagikan antara melaksanakan tugas Parlimen dan korporat mereka. Ahli Parlimen dan ADUN sepatutnya dilarang daripada memegang jawatan dalam GLC.

“GLC adalah penjaga kekayaan dan sumber awam dan kita perlu melantik orang yang paling layak untuk menambah nilai kepada entiti korporat ini daripada menghabiskan dananya melalui gaji dan faedah yang lumayan.

“Dalam senario terburuk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Thomas juga mencabar Anwar menyatakan secara terbuka sama ada beliau menyokong pelantikan dua pemimpin UMNO baru-baru ini sebagai pengerusi agensi kerajaan.

Kedua-dua mereka ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang dilantik pengerusi FELCRA dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (Pengerusi MARA). Kedua-dua pelantikan itu diumumkan Zahid.

Minggu lalu, kerajaan juga mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Bakhtiar Wan Chik, sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.

MyCreative ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.

Sementara itu, menurut BN, penganalisis politik dan media sosial daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, berkata lantikan politik seumpama itu sudah pastinya memberikan persepsi kekeliruan kepada semua pihak.

Katanya, tindakan itu seolah mengambil jalan pilih kasih dan cakap tidak serupa bikin.

“Sebelum ini kerajaan campuran mengambil keputusan penamatan jawatan lantikan politik pengerusi dan ahli lembaga pengarah kerana lantikan politik tapi kini lantikan politik terus digunakan.

“Sekejap kata boleh dan sekejap kata tidak boleh? Kelangsungan konsistensi itu memang tiada,” katanya.

Beliau berkata, dengan itu, ketidakpercayaan rakyat semakin menebal terhadap ketelusan kerajaan dalam melaksanakan janji mereka.

“Apa pun justifikasi yang mereka berikan kepada rakyat, ia tetap sukar diterima dan perubahan keputusan juga akan dijadikan satu parameter untuk mengukur kerajaan campuran ini dari segi ketelusan penyaluran maklumat kepada rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok