Kerajaan dahulu letak SPRM bawah kuasa politik, balas dendam: Zahid

March 18, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh kerajaan sebelum ini meletakkan agensi penguat kuasa undang-undang, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di bawah kuasa orang politik.

Dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pagi ini, beliau juga mendakwa, kes-kes yang melibatkan pemimpin kerajaan sebelum ini telah dirunding semula oleh Peguam Negara.

Menurutnya dakwaan berhubung pembaharuan dan reformasi hanya bersifat tempelan dan laungan slogan semata-mata sedangkan tiada agenda pembaharuan besar dilaksanakan.

“Sebaliknya, kata beliau pembaharuan yang mereka lakukan adalah menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak kerajaan, menutup peranan agensi kerajaan dan menghapuskan skim-skim bantuan buat rakyat.

“Penambahbaikan kepada sistem pentadbiran Barisan Nasional yang kononnya dituduh tidak elok, tidak juga berlaku, kerana sistem pentadbiran negara sudah teratur dengan baik. Direct nego yang dituduh menjadi amalan untuk UMNO, berlaku lagi hebat di zaman mereka.

“Institusi penguat kuasa undang-undang seperti SPRM diletakkan di bawah kuasa orang politik sebagai Ketua Pesuruhjayanya. Kes-kes yang melibatkan mereka semuanya dirunding semula oleh Peguam Negara.

“Kesemua ini menjadi bukti bahawa parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan selepas PRU-14 dahulu, bukanlah merupakan ejen pembaharuan yang tulen.

“Sebaliknya laungan pembaharuan mereka, hanya untuk memikat ke puncak kuasa. Langkah yang dilakukan mereka bersifat vindictive, atau membalas dendam.

“Malah, mereka juga yang kononnya mempertahankan prinsip integriti, sanggup ‘membeli’ wakil-wakil rakyat kita untuk melompat menyertai mereka. Pada mereka amanah rakyat boleh diperkotak-katikkan. Mereka membina kekuatan dengan cara yang tidak bermaruah,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok