Kerajaan cikgu-murid lebih banyak drama, kalau tak mampu turun saja

January 17, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Johor mempersoalkan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) (PH-BN) untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melanda rakyat Malaysia, dengan mendakwa tidak banyak yang telah dilakukan dalam 50 hari pertama pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata kedua-dua gabungan PH-BN telah membuat banyak tawaran mengenai isu ekonomi dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masing-masing.

“Saya tidak langsung merasai kesungguhan PMX dan PH khususnya untuk merealisasikan 10 Keutamaan Tawaran Harapan bagi kempen PRU15. Itu belum lagi disentuh ikhtiar dalam Perancangan Amal dan Usaha BN atau PADU. Salah satunya, kos sara hidup.

“Sehingga kini, isu kos sara hidup masih membelenggu rakyat. Suara menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bersasar untuk terakhir kalinya masih kedengaran. Kenapa begitu?Tidak kurang pula keluhan rakyat di lapangan dalam meniti liku hidup,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong berkata sebaliknya pemimpin kerajaan PH-BN banyak meratib mengenai PN dan pemimpin tertinggi Bersatu serta PAS, dengan mengaitkan pula dengan ‘Langkah London’ seumpama ‘takut dengan bayang-bayang sendiri’ bagi menutup ‘Langkah Kinabalu’ yang gagal.

“Pakar ekonomi ketika pembangkang, Rafizi Ramli sehingga kini masih belum berjaya mengemukakan formula yang dapat memulihkan ‘poket’ rakyat walaupun sudah menjadi menteri. Tertunggu-tunggu juga apa yang akan membuatkan PN ‘terduduk’. Jangan pula beliau yang ‘terciduk’.

“Sedang PMX tersenyum dengan jawatan beliau, Jemaah Menteri kerajaan campuran terus berkelakuan ‘abnormal’. Antaranya, pemberian tuala wanita percuma di pejabat menteri. Selain itu, disekat pula hak kebebasan bersuara rakyat terutama dalam aplikasi TikTok.

“Seterusnya, ‘flip-flop’ mengenai pelantikan jawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Mula-mula, menamatkan perkhidmatan politik. Kemudian umum pelantikan, tiba-tiba ditangguhkan pula selepas teruk ‘dilanyak’ rakyat,” tambahnya.

Dr Sahruddin berkata dalam tempoh 50 hari Anwar menjadi Perdana Menteri tiada apa yang boleh dibanggakan, sebaliknya lebih banyak bercakap berbelit-belit, membuat pusingan-U, manakala Jemaah Menteri pula lebih banyak berkelakuan ‘tidak normal’.

“Manifesto pilihan raya PH? Hancur atau bahasa pasarnya ‘hauk’ atau ‘ke laut’. Mahu perangi rasuah? Lihat dahulu siapa dalam barisan Jemaah Menteri terutama ‘murid kepada cikgu’. Manifesto BN saya enggan sentuh fasal ‘terlalu banyak’ kerusi dimenangi oleh mereka pada PRU15 yang lalu.

“Bukan berlagak menjadi pembangkang. Betulkan pola pemikiran dalam setiap tindakan demi menabur bakti kepada rakyat dan negara. Kalau tidak mampu, benarkan sahaja PN kembali ke Putrajaya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memimpin kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
5 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
5 jam lalu· Politik
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu· Isu semasa
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
10 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
2 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
10 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
10 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
15 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok