Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara

December 7, 2022 · Politik

Lebih 160,000 pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk memilih wakil rakyat bagi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini.

Pengundi di Padang Serai dan Tioman bakal menentukan sama ada rakyat menolak penipuan atau menerima dilakukan oleh parti bertanding semasa PRU-15 sebelum ini apabila bergabung membentuk kerajaan campuran, selain bakal mencorak landskap senario politik selepas ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang di DUN Tioman dijangka berbuat demikian.

Sebanyak 46 pusat mengundi dan 230 saluran akan dibuka bagi proses pengundian di Parlimen Padang Serai manakala DUN Tioman pula membabitkan 17 pusat mengundi dan 52 saluran.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU15 yang dimuat naik di laman sesawang SPR, pusat mengundi di kedua-dua kawasan akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.

SPR juga menyarankan pengundi agar memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan sepanjang berada di pusat mengundi manakala individu yang positif Covid-19 boleh berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi maklumat lanjut.

Bagi pengundi di DUN Tioman, penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri.

Seperti proses pengundian pada 19 November lalu, penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan.

SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan ia di tempat yang telah disediakan selepas menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Pengundi juga dinasihat agar keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan dan mengelak hadir pada saat-saat akhir.

PRU-15 di kedua-dua kawasan yang sepatutnya berlangsung pada 19 November ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli di DUN Tioman, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan manakala Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian PRU15 pada 19 November lalu.

Perebutan kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional-BN), Datuk Azman Nasrudin (PN) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar ialah Mohd Bakhri Hashim, mewakili Warisan, dan calon Bebas iaitu Sreanandha Rao.

Bagaimanapun, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen itu pada 2 Disember lalu.

DUN Tioman pula menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon PN Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (Bebas) manakala Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) mengumumkan memberi laluan kepada calon BN tetapi namanya masih tertera di kertas undi.

Pada 3 Disember lalu, pengundian awal menyaksikan kira-kira 93.42 peratus atau 71 anggota polis mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah.

Bagi DUN Tioman di Pahang pula, kira-kira 95.88 peratus atau 233 anggota polis mengundi awal di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok