Keputusan PAS bubar DUN tiga negeri diketahui esok

October 10, 2022 · Politik

Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajui PAS dibubarkan atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat esok (11 Oktober 2022).

Negeri berkenaan ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mesyuarat itu akan diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata PAS sudah berulang kali menegaskan mengenai ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada saat negara bakal menghadapi musim banjir yang kini bukan sahaja berlaku di Pantai Timur tapi di seluruh negara.

“Rakyat boleh membuat berbagai-bagai andaian tentang tujuan dan kehendak pembubaran yang dipaksakan ini.

“Walaupun tinjauan awam menunjukkan lebih 2/3 rakyat tidak bersetuju untuk PRU-15 diadakan pada ketika ini.

“Ianya memberikan indikasi bahawa parti yang mendesak adalah hanya memikirkan diri individu mereka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media pada Sabtu lalu memutuskan bahawa tiga negeri yang dikuasai iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pertengahan November hingga Mac 2023.

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Sebelum ini, Pakatan Harapan juga membuat keputusan untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri diperintahnya iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok