Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok

August 14, 2022 · Politik

Keputusan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) akan dibincang dan diputuskan esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN, lapor Bernama.

“Tidak perlu saya beritahu, tapi permintaan mereka termasuk PBM untuk menyertai BN kita akan putuskan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam esok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka berlangsung malam esok di WTC.

Sebelum ini, pemimpin PBM Datuk Zuraida Kamaruddin berkata parti itu telah menghantar permohonan kepada BN bagi menyertai gabungan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata elemen calon yang disukai pengundi akan menjadi antara strategi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk PRU15 ini, saya nak minta senarai calon awal-awal. Kita mesti turunkan calon yang pengundi nak, bukan yang Ketua Bahagian nak, bukan yang kita nak,” katanya.

Ditanya sama ada langkah ini akan menyebabkan terdapat banyak muka baharu dinamakan sebagai calon, Mohamad berkata ia bergantung kepada sokongan terhadap calon.

“Jika calon lama masih dapat sokongan, kita akan kekalkan, di samping kita pilih juga calon baharu yang sesuai,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok