Keputusan gugur Khairuddin tak gugat perpaduan dalam PAS

January 16, 2022 · Politik

Perpaduan dalam PAS masih kuat dan utuh walaupun Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti itu baru-baru ini.

Seorang AJK Pusat, Datuk Awang Hashim menjelaskan keputusan menggugurkan Khairuddin itu dibuat secara konsensus dan isu berhubung langkah tersebut akan menyebabkan berlaku perpecahan dalam parti tidak berbangkit sama sekali.

“Kita membuat keputusan secara konsensus dalam segala hal dan Insya-Allah tindakan ini tidak akan menyebabkan berlaku perpecahan hingga timbul dua atau tiga puak dalam PAS.

“Keputusan ini dibuat secara berjemaah dan ini perkara biasa dalam parti mahu pun organisasi. Kadang-kadang sesuatu perkara itu betul pada kita tetapi tak selari dengan keputusan organisasi atau jemaah dan tindakan ini sama sekali tidak akan menjejaskan kerukunan dalam PAS,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Menurutnya lagi, langkah yang diambil tersebut merupakan sesuatu yang biasa dalam sesebuah organisasi atau parti politik.

Khairuddin digugurkan daripada jawatannya minggu lalu dan ia disahkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media di Marang, kelmarin.

Ditanya mengenai punca sebenar Khairuddin digugurkan hingga ada yang mengaitkannya dengan ‘kesungguhan’ Khairuddin mempertahankan Muafakat Nasional (MN), Awang berkata, isu tersebut langsung tidak timbul.

“Macam yang Presiden PAS jawab (berkaitan pengguguran), itu sajalah. Tak ada masalah lain yang timbul pun,” katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku perlu dianggap sebagai satu proses pendidikan untuk semua pihak.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok