Kenyataan ‘override’ Anwar bawa mesej salah, menyimpang: Radzi

March 9, 2023 · Politik

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak salah bagi seorang anggota Kabinet membatalkan keputusan pegawai kerajaan boleh memberi mesej salah dan menyimpang kepada penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dalam konteks tertentu, seseorang menteri mempunyai kuasa di bawah Akta, namun bukan bermaksud kuasa itu boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, kuasa yang diberi sebaliknya perlu digunakan dengan cermat dan penuh teliti, termasuk mendapatkan pandangan daripada pengurusan tertinggi kementerian daripada pelbagai sudut, khususnya tatacara dan perundangan.

“Kenyataan PM (Anwar) seperti laporan media ini nampaknya boleh memberi mesej yang salah dan menyimpang kepada penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Pemimpin kerajaan PH-BN sering melaungkan tentang tata kelola yang baik tapi hakikat sebenar amat menyedihkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut Radzi menjelaskan, walaupun dalam keadaan terdesak sekali pun, jemaah menteri tidak wajar membatalkan peraturan sedia ada semata-mata kerana ada kuasa.

Katanya, ini terutamanya apabila nasihat yang diberikan penjawat awam adalah berdasarkan fakta dan analisa yang cermat dan teliti.

“Amat sukar untuk penjawat awam menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan dalam keadaan sebegini,” tambahnya.

Kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya itu merujuk kepada penegasan Anwar bahawa tidak salah bagi menteri membatalkan sesuatu keputusan dibuat oleh penjawat awam.

Ini susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa bercanggah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO tahun ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa Saifuddin memberi penjelasan mengenai kewujudan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan RoS berhubung pemilihan UMNO.

Menurut surat bertarikh 2 Mac lalu, Ketua Whip Parlimen PN itu mendakwa RoS berpandangan usul tambahan berkenaan tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas, menegaskan jika surat itu tulen, ia bertentangan dengan kenyataan media Saifuddin Nasution yang memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966. – Warta Rakyat

Berita berkaitan
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023· Isu semasa
PMX mahu LHDN siasat individu ‘maha kaya’ dan syarikat elak bayar cukai
March 7, 2023· Isu semasa
Belanjawan 2023 tidak sentuh masalah sebenar rakyat, kata Muhyiddin
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok