Kenyataan Khairy bukti Perikatan Nasional mampu tadbir, urus negara

November 15, 2022 · Politik

Pengalaman beliau menangani wabak Covid-19 di dua kementerian dalam tempoh dua tahun lalu membuatkan Khairy Jamaluddin berasa layak untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

Namun, pada masa sama Menteri Kesihatan kerajaan sementara yang sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, seperti mengesahkan keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional, untuk mentadbir dan menguruskan rakyat.

Ini kerana beliau memperoleh pengalaman menangani Covid-19 ketika berada dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam temu bual bersama BFM hari ini (15 November 2022) Khairy yang tidak diberikan tempat untuk bertanding dalam PRU-15 oleh UMNO, sebaliknya terpaksa meminta kerusi MIC, mengulas prestasi beliau menguruskan pandemik itu adalah bagus.

“Saya rasa prestasi kita bagus sebagai sebuah negara dan saya telah memainkan peranan dalam mengemudi (negara) mengatasi wabak,” katanya yang memulakan tugas sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional pada 10 Mac 2020, ketika Covid-19 mula melanda negara.

Pada 4 Februari 2021, Muhyiddin mengamanahkan kepadanya tanggungjawab sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata rakyat Malaysia telah menyedari bahawa apa yang dilakukan Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini dalam menangani pandemik Covid-19, termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah untuk kepentingan mereka juga.

Akhbar kewangan terbesar dunia dengan edaran harian melebihi 1.73 juta naskhah, Nikkei Asia berkata disebabkan itu Muhyiddin yakin rakyat akan menyokong gabungan parti politik berkenaan dalam PRU-15 pada 19 November ini.

Sementara itu, mengulas lanjut Khairy berkata beliau merasakan dirinya seorang yang berdaya maju untuk memimpin negara susulan peranannya ketika wabak Covid-19, apabila beliau mula ditugaskan untuk memperoleh vaksin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Pengalaman itu telah mendorong saya menawarkan diri (sebagai perdana menteri), sekurang-kurangnya memasukkan nama saya dalam perbincangan … untuk memimpin negara mungkin dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.”

Khairy, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, kali pertama menyuarakan impiannya untuk menjadi perdana menteri pada ceramah Selasa lepas dengan berkata, beliau berharap untuk menjadi perdana menteri “suatu hari nanti”.

Ismail Sabri Yaakob adalah antara pemimpin yang menyokong beliau untuk menyandang jawatan tertinggi berkenaan.

Ditanya apa yang dapat beliau tawarkan kepada negara, penyandang Ahli Parlimen Rembau tiga penggal itu yang tawar hati untuk menyerahkan kerusi Rambau kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berharap dapat memperbaharui ekonomi, sistem pendidikan dan program kebajikan sosial.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
17 jam lalu· Politik
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Belum tahu Warisan diberi jawatan, tapi Shafie jumpa Anwar minggu depan bincang
November 28, 2022· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu · Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok