Kenyataan Anwar pelik, kata Najib

July 1, 2022 · Politik

Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan turut menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM), menyifatkan kenyataan Presiden PKR itu semalam sebagai pelik dan tidak benar.

Malah, bekas PM itu juga menolak sama sekali dakwaan Anwar bahawa sokongan SD yang diberikannya bersyarat.

Syarat yang dikenakan Najib, menurut Anwar semalam ialah supaya kes mahkamah mensabitkan bekas PM itu “tidak diteruskan”.

“Apa berlaku selepas itu adalah selepas ditandatangani saya diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah, terutama melibatkan Najib, tidak akan diteruskan dan saya harus guna kuasa saya selaku PM untuk memastikan ini tidak diteruskan.

“Saya tidak bersedia untuk melakukan itu. Oleh kerana keputusan tegas saya itulah maka Najib mengusulkan calon lain di saat akhir dan menafikan saya,” katanya Anwar dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata segala dakwaan Anwar adalah tidak benar sama sekali.

Najib mendakwa beliau tidak pernah menggunakan saluran politik untuk menggugurkan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Saya tak pernah minta sesiapa untuk gugurkan kes saya melalui pengaruh politik.

“Saya adalah orang parti dan saya akan sentiasa taat kepada keputusan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya beliau pelik kerana jika benar Anwar memperoleh sokongan majoriti kenapa pula Istana Negara tidak melantiknya sebagai PM.

“Sekiranya apa yang Anwar kata adalah benar bahawa dia ada sokongan 120 ahli parlimen, kenapa pula Istana Negara tidak lantik dia jadi PM?

“Dan kenapa dia tak buktikan sokongan ini melalui undian dalam Parlimen – termasuk dengan cara menggagalkan undian bajet 2021 ketika itu?,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dia kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Namun, Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lalu mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Najib kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar kesnya selama 10 hari bermula 15 Ogos ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok